Sunday, September 30, 2012

kawen bajet #1

being a bride-to-be yang masih sekolah (back in 2008)... 
i never asked my future husband a wedding ceremony yang gah-gah bak kenduri kawen retis kekdahnya... 
sedar diri di situ... hehe
maklumlah belum ada sumber pendapatan untuk disumbangkan selain daripada scholarship yang cukup untuk diri sendiri saja... =)

memang betul lah... jodoh dari DIA memang yang terbaik.
si bakal pengantin lelaki pula terima seadanya idea untuk kawen bajet atas desakan saya. hehe...
itu pun lepas bantah habis idea kawen koboi saya yang tidak masuk akal katanya...

lepas sepakat untuk cut down cost yang mengarut bagai... 
akhirnya kami selamat juga diijabkabulkan dalam majlis yang sederhana tapi meriah.
alhamdulillah.... =)
  
some of the stuffs yang kami buat...



#1 Kad Undangan Majlis 

Buat sendiri.
design, print, potong semua buat sendiri.

ini salah satu design yang masih ada dalam simpanan... 
nama pun buat sendiri...  haruslah ada banyak design kan... free of charge kot....



yeah.. i know... design ala kadar saja....

design envelope pun buat sendiri. gigih kan? :p




tak sempat buat lawa-lawa dowh..
sebab mak bakal pengantin dok push tiap hari telefon suruh pos cepat2 ke Sabah sebab tak sabar nak mengedar & menjemput orang kampung 
padahal anak dia kat Batu Pahat tengah kalut banyak assignment + thesis yang nak kena hantar... 
ahh... janji rawk! =)



.......to be continued.  InsyaAllah....

Tuesday, September 11, 2012

Deedat's chipped tooth

last two weeks we discovered yang salah satu gigi depan Deedat chipped! maklumlah budak dah makin lasak...






mama Deedat : alamak... tak bahaya ke ni kalau dia tertelan 'gigi' tu?

ayah Deedat : tak bahaya la. kan kalsium tu....



what?!!!

Friday, September 7, 2012

Doa

Bila balik kampung sabah satu saja benda yang buat kami cuak gila.

Deedat.

on how he will behave during the 2.5 hours flight.


first time travel dulu kecut gila perut kami.
2 jam setengah rasa macam travel 8 jam!
sekali dia meraung dalam flight terus kami kalut tak cukup oksigen nak bernafas. haha...

Tahun ni, seminggu sebelum raya kami dah shoot balik ke Sabah.
ALHAMDULILLAH..... hari tu dia TAK meragam langsung!

ya Allah syukur amat...

lagak cool di siang Ramadhan. haish mentang-mentang dia tak puasa....

nyum2!

nak?

this funny looking vehicle caught his attention. 
selamat mak pak dia
anak tak meragam sebab kebosanan nak tunggu boarding. 

mula-mula dia nampak gelisah sikit.

lepas tu terleka tengok technician MAS kalut betulkan ekon bocor.

few minutes lepas departure.. he asked for booby snack. lepas tu....ZZzzzz....

the whole hours tau dia tidur.

ayah pun bolehlah baca newspaper dengan tenang.


perkara kecik. tapi rahmat besar bagi kami.

terima kasih ALLAH...

I wondered at first. tapi teringat sebelum take off memang doa sungguh-sungguh dalam hati.
minta dia tak meragam dalam flight.

Alhamdulillah Allah permudahkan.

masa nak balik KL pun minta lagi.
Alhamdulillah Deedat tido jugak. sampaikan kena kejut bila dah touch down.

this little thing made me realized.
Doa tu memang satu senjata.

Allah kan suka bila hamba dia selalu minta. keep asking! InsyaAllah... =)

yup... masa first time travel dulu tak berdoa pun minta tolong kat Allah.
sebok kalut pikir macamana nak tenangkan dak kecik ni.
tapi tak menjadi jugak pon.... see.. see...

ok. bai.



Monday, September 3, 2012

Our Little Aidilfitri 1433H

Malam hari terakhir Ramadhan sebelum penyimpan mohor umum tarikh 1 Syawal, Imran tanya...

"Awak rasa esok ke lusa raya?"

"Mestilah ESOK!" konfiden saya jawab dalam meneka.

"Eh... puasa tak cukup 30 hari lagi kalau esok raya. Tapi kalau raya esok sama la macam beberapa tahun yang sudah. malam tu kompom kalut nak bersiap raya". lebih kurang macam tu lah dia balas sambil tergelak.

lepas pengumuman ESOKNYA raya (19 Ogos 2012), saya senyum lebar.
tapi tiba-tiba dalam hati jadi kalut. bukan sebab persiapan tak buat lagi. memang tak buat apa persiapan sangat pun. Nama pun tumpang beraya rumah Aki & Nenek Deedat... (tahun ni giliran raya pertama di kampung Sabah) haruslah semua persiapan kuih raya etc. kami tumpang sekaki. hehe...
Baju raya pun kami recycle baju raya tahun lepas sebab elok sangat lagi. haaa... apa yang nak kalutkan lagi kan?

kalut. sebab Ramadhan dah nak tutup tirai. bulan pahala sangat lumayan. tapi diri yang hina sangat ni tidak kalut rebut peluang pun.  rugi gila!

baca Quran tak habis khatam pun. baca sikit sangat.
padahal Allah dah tolong mudahkan dengan kurniaan kawan-kawan yang rajin ajak tadarus di surau masa rehat hari bekerja.
balik rumah jarang amat buka Quran sebab buka sikit nanti Deedat datang nak 'tumpang sekaki' baca. alasan sangat kan!

Bangun solat tengah malam pun tak buat. tidur mati sangat. nasib baik tak mati lagi. T___T

kalut sebab dah nak tutup baru rasa rugi. rugi yang amat.
jauh lagi kalau nak tunggu Ramadhan tahun depan. *menung panjang.

itu pun kalau Allah nak bagi awak rasa Ramadhan 1434H!
.............................................................................................................

tak apa lah. ambil iktibar!
lain kali kalau ada peluang... REBUT! ingat ok...

pujuk hati. Allah hadirkan rasa kalut dan menyesal mesti ada sebab kan? semoga Allah bukakan jalan yang mudah untuk kami suami isteri jadi hamba yang lebih baik nanti. Amiin....

semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa kami. amiiin....


malam raya pertama. duduk atas sofa sambil tengok tiwi. out of nothing tiba-tiba Imran ajak pegi Mekah. tiba-tiba hati syahdu. lagi syahdu dari masa dia ajak kawen dulu.

"eh ada bajet ke nak pegi?"

"kalau nak ada je. bla.. bla... bla..." siap bagi contoh pengalaman kawan yang alhamdulillah dah berkesempatan jejak kaki ke sana.

kalau nak tunggu sampai duit cukup memang takkan ter pegi sampai bila-bila kan? Ya Allah... permudahkanlah... Amiin....
kami dah mula berangan. tapi berangan je la dulu kan... Allah juga yang tentukan. titik.

saya pula buka cerita yang terjadi beberapa hari sebelumnya.
cerita mimpi pegi Mekah. masyaAllah mimpi yang best gila. bangun tu terus senyum.

"bern (the way he always addressing himself) ada pegi sekali tak?"

"hmm... pegi dengan mama. pegi sekejap je pun. pegi tengok je."

ala mimpi je pun.... mungkin sebab malam sebelum tu tertengok satu gambar dalam fesbuk. gambar view kaabah dari satu tingkap hotel. tu yang sampai masuk mimpi. hehe...

ya Allah... of all the place in the world... kami nak sangat pegi sana.
walaupun sedar diri yang ibadah sendiri memang hancur. tak terjaga sangat.
dengan harapan...
lepas sampai sana nanti kami akan jadi yang lebih baik. mungkin?
tapi itu semua kehendak Allah kan...
doakan la impian kami tercapai ok. terima kasih. =)

entah bila la agaknya tu..... *menung panjang lagi....


okay lah...

Sempena masih Syawal ni... kami suami isteri nak minta maaf kat SEMUA atas semua salah silap kami (perbuatan/perkataan/tulisan/niat/etc..) tak kira la... kaum kerabat sedarah sedaging, bekas2 pendidik, kawan2 rapat, kawan2 tak rapat, pelajar2, bekas2 pelajar, jiran, etc... etc.... supaya nanti di akhirat kelak kita tak berjumpa dalam keadaan yang masih berhutang. amiin....  


SALAM AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN. 


ikhlas dari kami : IMRAN, JAS & DEEDAT.