Wednesday, June 27, 2012

Dear Ayah...

semalam Deedat tak jadik kena injek.

flu dia tak baik lagi. siap berjangkit kat mama pulak.
nasib baik berat naik 100 gram... cukup la 9 kg setakat ni... hehe...

teringat pesan sorang ustaz ni...
kalau sakit jangan mengeluh...
ucap Alhamdulillah...
barulah berbaloi sakit tu. 
sakit kan penghapus dosa-dosa kecil...
bila kita bersyukur, pahala pun dapat insyaAllah...
=)

yang best bila Deedat kurang sihat.
dengan mama memang dia sangat well-behaved... 
bagi barang pun elok je.
kalau sebelum ni dia hulur & bila mama nak ambik, cepat-cepat dia campak atas lantai. T__T

tapi sekarang ni sopan je perangai dia.
alhamdulillah...
mak suka! =)

lepas bosan tengok tiwi. mama pasangkan CD mengaji yang ada nasyid alif ba ta..
kemain suka dia bila kena ajak ber'joget'.

yela...sambil2 keluar peluh sikit kan...
ni kalau ayah ada berjoget sekali kompom dia menjerit suka tahap maksimum.


masa mama gosok baju kerja untuk esok... 
tiba-tiba Deedat datang angkut meja kecik & terbalikkan depan mama.
tau dia buat apa lepas tu?


erk...


haaa...


vroom... vrooomm....


ayah... get it?

teringin sangat naik beskal nih...


haha...

Tuesday, June 26, 2012

mimpi.

kau pernah mimpi dapat hidayah?

entahlah kataku sambil menyapu sisa nasi lemak di tepi bibir.



semalam mimpi.

mimpi kena hisab macamtu la. 
tapi dalam satu group.
ala-ala gi rombongan umrah la gamaknya.
tiba-tiba kami kena tanya.

kamu nak jumpa Rasulullah tak?
lepas ni kamu bole jumpa baginda. tapi dengan satu syarat.
kena seksa kat neraka dulu.
kejap je.

nak bagi diri tu suci dulu kot.
ya lah... nak jumpa insan paling mulia di sisi ALLAH kan...

masyaAllah... eksaited jangan cerita la. 
siap nak minta doakan supaya dapat pindah cecepat kalau dapat jumpa nanti. 
tapi dalam seronok yang amat rasa takut nak kena seksa la pulak. 
kau ingat seksa kat dunia ni lebihkurang seksa kat neraka? jauh lagi berganda sakit dia tahu?
bayangkan jari kena hiris sikit dengan pisau tajam. azab kan? nak buat apa kerja pun jadi seksa. 
padahal luka sikit saja pun.... kalau tak percaya cubalah...
itu seksa di dunia. kalau di akhirat? masyaALLAH...
sekejap di akhirat tu berapa ratus la kalau banding di dunia. aduh!


mimpi stop di situ.

lepas bangun rasa kosong. nak nangis pun ada.

dah nak mati ke? amalan tak cukup ni. dosa bertimbun la.




tak pakai stokin pun kira dosa tau. tak tutup aurat...
 

Monday, June 25, 2012

18 bulan

.yesterday.

mama : eh... hari ni birthday Deedat!

ayah : birthday? *buat muka pelik.

mama : hari ni genap 1 tahun setengah. 18 bulan.

ayah : itu bukan birthday.

mama : nanti kan kena injek 18 bulan. kira besday la tu.



*mana-mana la kan... ikut suka mak la.


what??!! esok kena injek?? 

phew...

Thursday, June 21, 2012

Deedat, Ayah & Luahan hati Mama

Happy betul muka Deedat bila nampak ayah dia sampai depan pintu semalam... sambil menari-nari nyanyi lagu 'bapaku pulang dari kota'...

okay part Deedat nyanyi tu tipu je... hee...

Sabtu nanti ayah Deedat kena kerja... biasalah kalau musim budak UiTM nak exam bagai... terpaksalah beliau balik tengah2 minggu... karang anak bini tak cukup kasih sayang... agagagaga....

Deedat punya eksaited ada ayah, sampai tido jam 1 pagi. Bangun pukul 5 pagi! 
Mesti Deedat terjaga sebab dengar alarm henpon ayah...*padahal selalu alarm mama bunyik mampu je dia tidur nyenyak.
bila bukak mata tengok anak tengah ber'talipon' terus hilang mengantuk...lepas tu kejut ayah dia paksa tengok perangai anak. HAHA...

Deedat... Deedat...

maknya eksaited lebih sampai masak tiga lauk terus untuk dinner semalam. Apaknya sampai buat muka pelik "Awak tak penat ke?" sebab selalunya kalau ayah tak balik kompom2 lah menu megi hari-hari... T__T

Entah. penat tapi penat seronok yang berbaloi kot.

lepas makan malam berbondong-bondong anak beranak pegi Jasin semata-mata nak isi minyak kereta.

dah berkumpul tiga beranak haruslah menggunakan masa sebaik-baiknya khennn...  :)

Perkara paling 'aneh' pagi tadi bila ayah nak gerak pegi kerja... after salam+peluk+cium+minta maapmacambiasa+babai semua... lepas kereta ayah hilang dari pandangan terus Deedat meraung. Panik mak kau ni nak... tak pernah-pernah buat perangai lagu tu. selalu ayah nak gerak dia buat tak tahu pegi sambung main.

now i get it... we are so over with this PJJ things...
ya ALLAH...teringin sangat nak jumpa suami tiap hari.
I don't mind kena masak banyak lauk pun lepas seharian penat kerja menoreh.*penat sangat kan kerja gomen. kuang3!

rindu sangat nak mengandung lagi. eh!
tapi harap sangat kalau ada rezeki berbadan dua lagi, nak lah suami ada depan mata tiap hari.
*boleh mengada lebih. wah!

teringin sangat group hug tiap hari. lepas tu tengok muka Deedat sengih macam kerang wangi kena cium kuat-kuat. =)

argh.. banyak lagi la...

I was depressed at first masa dapat result tak dapat pindah hari tu.. but then tiba-tiba rasa malu dekat ALLAH sebab masa mohon pindah memang langsung tidak berharap a.k.a. isi borang main-main. what the stapler la kan... pang mau?! T__T

just few weeks sebelum result pindah keluar... banyak pula peristiwa yang tak syiok berlaku. peristiwa yang membunuh my passion untuk pegi kerja. *passionate sangat la kan sebelum nih. eheh! 


ya lantaran itu saya memang banyak merungut&membebel nak pindah nak pindah nak pindah. 
bukan main-main. Harap-harap rayuan permohonan berjaya nanti. AAMIIN.... AAMIIN..YA RABBAL 'ALAMIN...

seikhlasnya sampai sekarang pun dah macam tak ikhlas sangat datang kerja. 
Gila depressed kau kalau sampai tahap takut+benci+naknangis pegi kerja tapi buat muka selamba macam orang lain. terpaksa. #nantiorangkatakaugila. 


I hope i can forgive and forget those yang dah puas saya maki (*verbally+dalam hati) for what they did. And may ALLAH ampunkan dosa saya itu dan makbulkan permintaan kami kalau itu yang terbaik buat kami. InsyaAllah...       






father & son

Wednesday, June 20, 2012

Permata Yang Hilang kini dijumpai... woha!

Tiba-tiba kagum yang amat dengan diri sendiri bila berjaya habiskan buku 400++ mukasurat dalam masa 2 hari. Sebabnya semenjak umur makin meningkat ni jarang gila berjaya baca buku tebal/nipis sampai habis. T___T....

eh buku apa tu sampai syok sangat baca? jeng jeng jeng....

http://permatahilangdijumpai.blogspot.com/

cabarannya membaca depan anak... baru pegang buku sekejap dia datang rampas buku... lepas tu buat-buat selak... kalau bosan dia bawak lari buku jauh-jauh lepas tu sorok tah mana-mana...
jeles tengok mak dia pandai baca agaknya...
tak pun rasa terbiar tak ada siapa nak layan dia main sebab khusyuk baca buku permata yang hilang.  haish...

nasib baik la apak dia seporting abis tak kisah bini masak lambat sikit sebab asyik khusyuk baca buku permata yang hilang... eh!
kalau Deedat datang rampas buku cepat-cepat dia ambil balik bagi bini sambung baca... haaa sporting khen laki ai...

dulu kadang-kadang sekali sekala rajin juga singgah blog keretamayat...
bila keluar buku Permata Yang Hilang terus order dengan tidak segan silu...HAHA...

kalau kamu mengharapkan buku ini mengandungi gambar-gambar tentang teknik tuuutt...  haaa boleh pi main jauh-jauh...

tapi serius... buku ni memang best! sangat sesuai untuk kamu.
iya kamu...
tak kira la kamu tu bakal pengantin baru... pengantin lama... pengantin lapuk... pengantin tua bakal terima menantu...
sesuai sangat... serius!

mungkin yang belum kawen akan automatik nak kawen cepat lepas baca buku ni.

yang dah kawen mungkin akan lebih semangat nak kawen lagi... EPPP... makin semangat nak jadi lifetime partner yang terbaEk!... eheh...

yang ada anak muda-mudi mungkin akan lebih semangat nak kawenkan anak muda-mudi diorang...

MUNGKIN... =)

haaa... esok-esok kalau tiba-tiba Deedat nak kawen muda... mak SOKONG 100%! eh... 


:) 




Monday, June 18, 2012

sorga di bawah tapak kaki mak, nak oi...

musim panas datang lagi.
owh... nafsu berjalan di hujung minggu pun sipi-sipi hampir ke laut... 
sian budak kecik ni tau!
kena paksa duduk rumah.

sekarang Deedat dah pandai ngamuk2... 
omputih kata 'throwing tantrums'...
sikit-sikit ngamuk...
selalu jadik mangsa siapa lagi kalau bukan mama dia yang berjiwa halus... ehehe..
kalau ayah dia eppp sikit terus tertutup mata menahan sedih... 
lepas tu gosok-gosok mata gaya nak nanes... waduh2..
kalau mama yang haipp dia buat derk sesaja. haish! 
iyalah... mama dia seorang yang pengasih penyayang khen...
nak marah anak tak sampai hati.. ewah!

entah angin apa tengah bertiup... kadang-kadang... out of nothing... tiba-tiba dia naik angin... 
bila depan ayah boleh pula dia behave... 
bila mama datang tengok... tiba-tiba dia buat muka tak puas hati... 
apa kono ko nak oi? asyik nak cari gaduh dengan mama tak sudah-sudah... 
ingat... syurga bawah tapak kaki mak taww! 

okay... now i understand... macamana nenek Deedat boleh bersabar dengan kenakalan kami masa kecik2 dulu... T________T.


gaya budak kebosanan kena kurung
bertalipon dengan kakak Alya & moklong.

Monday, June 4, 2012

seriously this is serious... =)

kalau dulu, orang asyik tanya...
"bila nak bagi Deedat adik?"

jawapan paling senang 
"tunggu Deedat dah pandai kena suruh-suruh"

dalam menghampiri umur setahun setengah... tak sangka pulak Deedat dah boleh disuruh sikit-sikit. walaupun sebenarnya dia lagi pandai suruh-suruh orang...
selalunya sebok tarik tangan/jari kita then tunjuk minta ambilkan apa-apa yang dia mahu...

biasanya yang paling senang... 

nak suruh dia tepuk tangan... nyanyi lagu pok amai-amai

nak suruh dia tadah tangan baca doa... sebut 'amiin'...

lagi satu, bila sebut "sayang sikit..." cepat-cepat dia hulur pipi MINTA kena kiss... lepas tu buat muka malu-malu. haish!

kadang-kadang kesian jugak tengok dia main sorang-sorang. 
bila jumpa budak kecik sebaya dia, kemain eksaited dia nak ajak main sama.

biasanya kalau bosan dia ambik henpon lepas tu 'borak-borak' tah dengan siapa.

rasanya sekarang makin kronik bila tengok kura-kura yang dulu dia benci sangat, sekarang dah boleh jadik bestfren dia... bangun pagi cari kura-kura dulu ajak borak... boleh?

sekarang pun banyak benda dia boleh(sebok) nak buat sendiri.

sekarang Deedat sudah pandai makan sendiri tau!

kalau makanan jatuh atas lantai,
kutip laju-laju lepas tu masuk dalam mulut. haish!
Deedat kata, tak baik membazir!

gosok gigi sendiri.

kalau duduk dalam carseat... rajin pegang sendiri sun-shade. maklumlah kereta maknya x tinted..

jaga kulit maaa... kata Deedat. hehe..

eh... King Kong!!

oppss... kantoi!

kalau ikut planning, tahun depan patutnya nak bagi Deedat adik... (hik hik)


see...see....
iya dulu pernah bebel pasal PJJ.

mula-mula dulu macam tak kisah sangat.
sekarang macam dah kisah SANGAT-SANGAT... seriously...

dengan penuh tawaduk dan rendah diri, saya mahu sangat-sangat pindah tempat kerja.
tempat kerja yang lagi dekat dengan encik suami.
supaya kami tidak perlu berjauhan lagi pada hari-hari biasa.
supaya boleh besarkan keluarga berSAMA-SAMA...

waduh... serius nih! hehehe (gelak dalam serius!)

ya.. ini tahap minta sedekah pun ya... supaya kamu doakan mama Deedat dapat pindah tempat kerja yang dia idamkan.... aamiiin...

supaya nanti... bila kamu tanya
"bila nak bagi Deedat adik?"

kami akan jawab dengan senyuman...
"tengah diusahakan...."

terima kasih... =)