Tuesday, February 28, 2012

educating Deedat #2


weekend biasanya malas keluar rumah kecuali ke mydin.
selalunya bagi Deedat tengok vcd zikir.
main kat laptop ayah sebab vcd player rosak.
sebenarnya kerja ayah nak distract dia sebab asyik ke dapur mencari mama.


tekun

kadang-kadang dia gelak suka.

siap angkat kaki

tekun semula

ok jom kita rehat kejap... see..see... my gigi sudah besar macam saya juga... ehehe

mama bizi la pula... hisap ni dulu la...

ehh...

ok, bai!

Monday, February 27, 2012

Allah bagi hujan. Tapi kita asyik komplen mana matahari. Rupanya di penghujungnya Allah nak bagi kita pelangi. =)

kenapa susah sangat nak terima kenyataan kalau ada orang yang membenci dirimu?
sedangkan diri sendiri pun kadang-kadang susah untuk tidak membenci orang yang tertentu.
ibarat meludah ke atas langit akhirnya kena muka sendiri. yikes!!



klik foto untuk tumbesaran
Amiiin....

ya.. memberi maaf memang susah gila.
tapi bila dah maafkan, masyaAllah nikmatnya orang yang memaafkan saja yang tahu.

rasanya... semua salah kalian terhadap diri ini sudah sedia dimaafkan. 
Wah diva sangat ayat! ahahha...

walaupun diri sendiri masih kurang kekuatan untuk mohon kemaafan secara bersemuka. 
tapi serius, mohon maafkan la salah silap diri ini walau sebesar zarah habuk. 
moga ALLAH jua yang membalasnya.
=) 


klik foto untuk tumbesaran


dan bila kau dipihak yang benar...
tolonglah....
jangan seperti anjing yang menyalak tak cukup anak tekak.
memanglah menegakkan kebenaran itu perlu.
jangan tunjuk sangat keROSAKan & keCACATan hatimu itu.


peace

Friday, February 17, 2012

kasihilah ibumu...

source: internet


Yup... mana ada bersalin yang tidak sakit. 
agak-agak bila rasa marah kat mak sendiri, cuba patahkan 20 tulang dalam badan korang tu. rasa sendiri macamana rasa sakitnya ibu kita masa bertarung nyawa untuk lahirkan kita ke dunia dulu. ada berani?  



women in Islam =)


Thursday, February 16, 2012

good luck, ayah!

actually we've been waiting this for quite a long time.. lama sangat la kononnya...

there were several weekends yang terpaksa dikorbankan sebab memberi laluan untuk ayah siapkan thesis dia.

nak tengok tiwi pun pikir dua tiga kali sebab nanti ada orang tu muncung sebab nanti kerja dia tak siap sebab terpaksa join tengok tiwi sekali. tapi tak sedar diri pegi buat kerja depan tiwi kenapa??? why??

last last mama & Deedat terpaksa lepak main dalam bilik saja sebab tak sampai hati nak tengok tiwi. nanti ganggu ayah.



ayah nak siapkan kerja ye??
okey... Deedat main dalam bilik je la...

 mungkin ada unsur dengki di situ... kalau ayah tak boleh tengok tiwi... mama & Deedat pun tak boleh tengok tiwi jugak... haish!


meh Deedat tolong siapkan kerja ayah...

eh... Deedat tekan apa tadi... sorry la Deedat ngantuk lagi nih... huaaa...




insyaAllah esok ayah Deedat akan di viva voce...
Deedat & mama doa kuat-kuat dalam hati supaya ayah lulus cemerlang.
amiiin....



Good luck ayah! may all the confidence be with you...

Tuesday, February 14, 2012

Deedat & nenek

my mom is the only person yang paling banyak bagi nasihat kalau bertalipon.
biasa la kan..kalau bukan mak sendiri siapa lagi yang akan bagi nasihat berbakul-bakul...
walaupun tiap kali pun nasihat yang sama ibarat rakam lepas tu playback setiap kali bertalipon.

semalam masa bertalipon mama tanya ada talipon ke tidak hari sebelumnya.
saya jawab tiada.
bukan apa semalam masa kami "telefon", mama tidak larat nak jawab telefon sebab dengar Deedat nangis kuat sangat. sampai nenek sedih sangat tak sanggup nak dengar katanya. tambah dengan tengah pening demam lagi..
siap nangis lagi sedih dengar cucu nangis.
bangun dari tidur pun pipi basah lagi.

bila tanya bila kami "telefon" tu?
lewat tengahari.
hmm... lebih kurang masa masa kami "telefon" tu Deedat memang tengah meraung sakan kat jusco. haish...















Deedat main telepati dengan nenek ye?


ok mom, get well soon! amiin....

Monday, February 13, 2012

rotavirus & the haru weekend

weekend agak haru bila anak demam.

khamis, dia meragam tanak makan berpakej dengan diarrhea. makan terpaksa lepas tu muntah balik. tapi lepas muntah dia buat muka budak baik as if takut kena marah. aloh aloh.. mana sampai hati mama awak nih nak marah nak oi...

jumaat, masih muntah tapi ceri beri sudah gone with the wind. alhamdulillah...
tapi haru pula bila balik dari rumah pengasuh dia demam panas pula... nak tambah haru lagi mata Deedat sembab semacam. macam mata mama yang kembang lepas nangis gila-gila. macam orang baru bangun tidur pun ya padahal selalunya lepas bangun pun mata dia tak pernah sembab gitu.

hairan.

sampai rumah dia tadak mood sangat. lepas menyusu terus tidur.
sementara menunggu apak Deedat sampai rumah terbukak berita @tv3 pasal dua bayi meninggal saspek rotavirus tu.
ya Allah... tiba-tiba rasa sesak nyawa.
bila google pasal rotavirus... yes, semua simptom tu (muntah-muntah, cirit-birit, demam panas) ada kat Deedat. sambil baca sambil nangis kuat-kuat dalam hati. takut.

bila ayah dia sampai, masa makan malam dia muntah balik. on the dot juga kami shoot ke hospital jasin bahagian kecemasan. nasib baik dapat masuk terus jumpa doktor lepas daftar di kaunter walaupun agak ramai juga orang tengah menunggu di ruang menunggu.
lepas masuk ubat... doktor bagi paracetamol & 'garam' untuk elak dehydration tu. masa doktor bagi penerangan Deedat boleh gelak-gelak macam ajuk balik cakap doktor tu. haish...
balik rumah dia ceria sikit.. alhamdulillah...

sabtu. kurang aktif tapi dia boleh ajak ayah main bola lagi. badan suam-suam kuku. sebab Deedat jenis ngelat makan ubat, ikhtiar lain ialah buat air 'ubat' sendiri. lepas isyak ayah dia bacakan surah-surah & doa lepas tu bagi Deedat minum. lepas bagi minum kami mampu berdoa saja. ayah dia berkali juga ingatkan kalau sembuh bukan sebab air tu. tapi dengan izin Allah. kesembuhan itu kan milik ALLAH. titik.

ahad. alhamdulillah semua simptom sudah hilang. alhamdulillah.
bila dah sihat makin aktif la kawan. siap panjat kerusi ambik kunci kereta lepas tu bawak ke depan pintu. bajet sampai la tangan nak bukak sendiri pintu. Deedat... Deedat...
jadinya, merasa juga kami berjalan weekend lepas.
tapi keluar tak lama sebab ada budak tu jerit-jerit mengamuk kat jusco sambung ke mydin. tak pernah-pernah dia buat perangai.
mak pak dia kena layan je la... janji awak sihat nak... itu pun dah syukur sangat dah.

nota kaki : i myself pun baru tau pasal rotavirus tu. terasa duduk bawah tempurung pun ada. mak-mak pak-pak sekalian silalah ambik tahu (termasuk diri sendiri juga). rupanya ada option siapa-siapa yang nak bagi imunisasi rotavirus ni masa anak 2 bulan lagi. sama macam untuk pneumococcal tu. serius baru tahu. tapi silalah buat research dulu key... sebab dengar cerita ada yang dari sumber tidak halal. wallahualam....

alhamdulillah saya sudah sihat... =) aritu pegi rumah kak yul & adam..

main dengan kak yuyul

main beskal dengan adam... fes taim ni saya naik beskal... terima kasih adam...

tengok tiwi... eh..malu la kak yul... eheh

bila la nak jumpa main sama-sama lagi kan!

baca buku... mama, nanti Deedat pun nak buku macam ni jugak keh!

SERONOK!

*gambar-gambar cilok dari fesbuk pakcik nora. eheh

Friday, February 10, 2012

skuad imam muda Deedat

Selamat berhujung minggu semua.
moga kelapangan kali ini dimanfaatkan sepenuhnya.
dan juga diredhai Allah.
insyaAllah..
amiin.

Deedat nak ajak ayah & mama pegi jalan-jalan la wiken ni.
(ayah, hint!)


Kami selaku mak pak Ahmad Deedat masih tertanya-tanya dari mana dia download perangai suka sokmo berjalan sebab mak pak dia jenis malas keluar rumah.
kalau pegi mana-mana, pantang masuk kereta nak balik ja dia jerit taknak balik.
sekarang suka betul dok riba ayah dia bila ayah tengah driving. lepas tu pulas stereng kereta feeling dah pandai drive sendiri. haish!

Thursday, February 9, 2012

the walking Deedat

beberapa minggu lepas is the officially dak kecik ni dapat kaki.
seronok kemain dia!













cuma mak paknya saja yang makin fenat.
asyik kena kejar & dikejar budak kecik. T__T


tapi syiok! =D

ahh... and yes, he likes to show off a bit. haha...
alhamdulillah... saya sudah boleh jalan sendiri... :)




  
aktiviti menyepahkan rumah semakin rancak dan berlaku di serata tempat... haish!



apa-apa la nak... janji awak happy...


time makan pun kena kejar jugak! kau mampu?

tapi bila dia keletihan berjalan,
inilah hasilnya...
a very good night sleep... for ebribadeh!! hehe




Friday, February 3, 2012

Hafalan Shalat Delisa

first time langgan astro first.
haritu semangat nak tengok cerita ombak rindu @astro first.
bukan nak sangat tengok pun kononnya.
sebab ramai gila orang cakap ombak rindu best.
yang tengok sampai nangis kesedihan guling-guling pun ada... haish...
tu yang sampai terpengaruh. haha

nak ke wayang kirim salam la. dah ada dak kecik memang tak wayang lah kita.
beli cd cetak rompak kemain susah nak cari. ehh!
astro first pulak ambik masa lama nak tayang masa tu.
kebetulan hari tayangan di astro serentak ada di haplod ke youtube.
apa lagi....ke youtube la kitaaaa.... weeeeeeeeee.........

bila tertengok iklan Hafalan Shalat Delisa haritu... dalam hati; why not?
kita ganti yang cerita ombak rindu tak jadi hari tu la kan...

from my personal point of view...
pegi la tengok cerita nih. banyak tauladan boleh kita ambil buat pengajaran dalam hidup sendiri.
kalau banding cerita ombak rindu, cerita ombak tsunami ni lagi berganda best. percaya lah!
ya.. kalau kamu menangis tengok cerita ni pun, menangis kamu tu memang berbaloi. serius!

bila tengok suasana cemas masa tsunami tu hentam Acheh... ya Allah... tak terbayang macamana pula cemas kita bila kiamat betul-betul melanda nanti... SubahanAllah...
insaf sekejap... T___T...

sumber ; gugle imej

jangan dok canang aku anti filem melayu pro filem indonesia plak haa. 
kalau orang Melayu yang buat cerita macam cerita HSD ni memang gua tabik spring toing toing tebabooo! sekian.

Thursday, February 2, 2012

daddy day care

seminggu ni mama & ayah bergilir ambil cuti untuk jaga Deedat.
isnin & selasa turn mama untuk stay home dengan si kecik.
tiga hari berikutnya si ayah pula. apaknya haruslah lebih sikit bagi menjalin keeratan hubungan anak ayah kan... hehe...

semalam tunggu-tunggu juga call bantuan kecemasan dari ayah dia. ye la.. selama ni mana pernah lagi anak beranak tu ditinggal berdua lama-lama. balik rumah ayah dia kata "ok je..."
masa mama panggil Deedat kemain mandom muka dia taknak menyahut. merajuk sebab kena tinggal mama lama-lama dengan ayah. haha...

ayah dia seronok kemain cerita pengalaman jaga anak seharian. paling dia eksaited bab Deedat panggil dia appa.. appa...
dah puas ajar dia supaya panggil ayah...tapi dia panggil appa juga... korean style gittew...ahahaha...

second day masih bertahan nampaknya. they seem to get along very well together... so far la...


boys... be good to each other k... kejap lagi mama balik. =)