Thursday, January 26, 2012

tiga tahun

"kalau kau.. nak suami yang macamana nanti?" tanya si kawan.

"mestilah yang tinggi... kelakar... hensem... kaya....bla bla bla..." balas saya. 

biasalah tu... budak-budak hostel. 
kalau tak dapat tidur mesti buat sesi pillowtalk ramai-ramai dengan rumet. 
lepas tu topik haruslah yang girly-girly gitew... hehehe....

and i think my prayer has been answered... =) 

ketinggian. checked! kalau jalan saing-saing ai siap buleh skodeng bulu hidung dia ok... apakah?!!!
kelakar.... checked! kalau tengah borak biasa-biasa pun, he's capable of making me laugh out loud sampai keluar air mata... 
hensem... ok kos la dia hensem di mata ai... auwww...
kaya... very subjective! bukan semestinya kaya harta benda ya. kaya benda lain pun boleyy...

dari zaman baru kenal.. zaman mengenal hati budi... zaman ai cinta yu, yu cinta ai... zaman serius jom kita kawen... ke zaman bertunang yang tak pernah bersua muka pun sepanjang bertunang... baik kan?? *wink2! 
haruslah... we're engaged and solemnized pada hari yang sama... tunang pukul 10 pagi... nikah pukul sebelas... aci tak?? hehe....

ada betul juga kot kata orang.. hidup lepas kawen tak seindah zaman berchenta dolu-dolu.
zaman bercinta kalau kentut pun bau wangi... siap cakap kiut pulak tu... haish!

tapi lepas kawen mungkin lebih berpijak dibumi nyata. semua benda nampak realistik. yang menyakitkan hati pun ada. 

contohnya kalau tengah syok tengok tiwi jangan tersentap la kalau tiba-tiba ada tangan gatal tukar ke cenel sukan sesuka hati...

yes he's not really the type yang 24 jam romantik macam hero filem melayu tu.
lepas kawen apatah lagi. kalau merajuk semata-mata mahu dipujuk dengan coklat dan bunga buleh kirim salam banyak-banyak...

he always misplaced the keys... lepas tu marah-marah kalau tak jumpa.

semua kerja rumah dia serahkan bulat-bulat kepada isteri terchenta untuk diuruskan.  

on top of all the things yang saya selalu geramkan di dalam hati, he did offered me the remote control kalau tiba-tiba buat muka bosan depan tiwi. always

he never romentik 24/7 but, he did care in his own way. lebih dari kita care diri sendiri.

whenever he cannot find the keys... tak pernah lagi la dia marah kat orang lain. marah-marah diri sendiri. kadang-kadang tengok comel pulak. nak lagi seronok, pegi sorokkan kunci lepas tu tadaaaa... tayang-tayang kunci kat depan muka dia lepas dah penat mencari. haha

all the house chores memang dia serah bulat-bulat kat isteri terchenta especially bab mengurus siapa buat ini siapa buat itu.. but he never bantah-bantah in the delegation of works. kalau dia kena buang sampah memang dia akan buang sampah. titik. 
satu yang paling awesome... he never complaint about the house yang kadang-kadang tidak terurus macam tongkang pecah...
even kalau masak agak lewat... dia tidak pernah lagi marah sambil hentak tudung saji atas meja makan macam dalam drama swasta tu... agak penyabar juga apak Deedat ni sebenarnya... 
  
to this very day, he never been perfect to me though. as i am to him. 
but i never found any reason to not to love him anyway.

walaupun dia tidak pernah buat surprise tiba-tiba ajak bercuti ke mana-mana (hanya angan-angan sendiri... *EHEM! hint bang... hint!) 

thanks anyway for the wonderful 3 years for being the husband. 
rasanya tiada yang lebih seronok di dunia selain hidup dengan awak setakat ini.   



happy 3rd anniversary abang ohshem!

l.o.v.e.

Wednesday, January 25, 2012

1 tahun 1 bulan 1 hari

alhamdulillah syukur... hari ni dia genap setahun sebulan sehari.
skill berjalan dia makin laju.
budak kecik baru dapat kaki katekhannn....
kadang-kadang dia masih rajin juga merangkak...

kalau depan mak pak dia kemain eksaited melangkah. bila depan orang buleh dia malu-malu kucing... haish...

tapi dalam bergumbira masa dia mula berjalan.. mama ayah dia mula tepuk dahi.
pening nak mengejar tahu!
sekarang masuk dapur pun dia buleh buat muka berlagak sambil mengatur langkah. kau mampu??

priceless moment + almost useless camera... T__T

i know... kamera macam dengki.
nak marah pun malas sebab kamera asyik bengong. 
bengong pun bukan apa... kerja si Ahmad Deedat jugak. pantang nampak kamera habis dia kerjakan. haish....

bila tengok dia seronok berjalan tiba-tiba rasa rindu gila...
tengok anak dah tak baby sangat dah.
kejapnya dah jadi toddler anak mama nih...
walaupun dia jalan belum stabil sepenuhnya.. masih gaya jalan orang mabuk todi. HAHAHA

dalam hati sayu je cakap... sayang... take your time... don't grow up yet! *sambil lap-lap airmata.

sekarang kalau travel jauh dia dah sudi duduk sendiri...
maknya haruslah lompat gumbira...
ayah... drive safe okay....

right mama? =)

pandai layan diri sendiri... alololo...

tau tau dah lelap... muah dia!

Wednesday, January 18, 2012

Deedat at one plus plus

macam lama dah tak cerita pasal Deedat...


Deedat sihat... alhamdulillah.... =)


weekend haritu keyakinan diri dia melonjak naik. 
dapat la dalam lapan steps sebelum bedebuk jatuh atas lantai. 
itu dah konsider boleh jalan ke belum?? hehe...


rajin dia sekarang prektis berjalan. siap stail jalan mengiring memusing bagai...
bila jatuh cepat-cepat dia bangun atur langkah semula. 


BRAVOOO anak mak!! =)


betul la kot kalau orang cakap baby's brain is like a sponge... apa dia belajar semua masuk dalam otak.


contohnya...
Deedat paling pantang bila nampak cotton bud...  hari tu dia nangis2 suruh mama keluarkan sebatang dari bekas. 
bila dapat kemain happy dia. 
lepas tu terkial-kial nak masukkan dalam telinga. 
haish... kantoi maknya suka korek telinga... haha...


ayah dia cakap... "elok la tu dah geng dengan mama... lepas ni selamat ayah tak kena paksa jadi mangsa korek telinga dah..." T__T


main vocab dia masih DAT.. dat dat...
haritu ayah dia panggil... Deedat... Deedat...
selamba dia jawab DEEDAT TADEEE....
haha...


kalau dulu dia tak layan sangat buku... sekarang sudah rajin belek-belek buku sendiri. 
selamat sikit buku mama & ayah jadi mangsa koyak.


kalau bacakan buku dia kena buat siap gaya. contoh kalau tunjuk gambar kucing. sebut cat lepas tu buat bunyi miow miow sambil buat muka (pandai-pandai la edjas muka jadi kucing ke... gaya kucing ke..)... kompom dia gelak besau... lepas tu dia tunggu apa pula aksi yang seterusnya...


satu yang buat mama tak tahan... Deedat suka main agah-agah orang. 
mula-mula pegi menyorok belakang orang lepas tu slow-slow agah dari sudut tepi... siap buat muka yang daku tak tahan tuu... Deedat... Deedat...




ayah jom senam kempiskan perut! =)
  

Friday, January 13, 2012

cuci kereta, pakcik tua dan hujung minggu.

orang cakap buat rugi saja kalau hantar cuci kereta kat kedai time-time musim hujan macamni.

tapi semalam hantar juga sebab dah sampai tahap memang kena bersihkan juga tapi malas buat sendiri. T__T

kebetulan masa tunggu kereta siap dicuci tengah masuk waktu solat zuhur.

lebih kurang 15 minit lepas masuk waktu solat, terpandang seorang pakcik tua terkial-kial menukar baju melayu dan kain pelikat beliau kepada uniform kerja warna oren/hijau. (tempat basuh kereta sebelah surau).

dalam hati berbisik..barangkali pakcik tu terkejar-kejar untuk masuk kerja semula.

tiba-tiba rasa kerdil sangat diri.

Pakcik tadi yang hanya kerja sebagai pemungut sampah boleh tunaikan solat pada waktunya. tanpa sedikit terbeban dengan keadaan diri yang kamu tahulah kalau kerja yang bergelumang dengan sampah sarap tapi masih setia menyembah Penciptanya dengan mempersembahkan diri sebaik yang mungkin.

tapi kita?
kadang-kadang sengaja melengahkan dalam melaksanakan tanggungjawab kita kepada DIA.
mungkin bukan kamu.
tapi ya.. saya sendiri kadang-kadang baru terhegeh-hegeh hendak sembahyang di hujung waktu. sebok sangat lah kononnya. walaupun suasana kerja yang tidaklah membebankan sampai perlu kena tukar pakaian bagai kalau nak solat pun.

Ya Allah... bayangkan mana kedudukan kita di mata Allah banding dengan pakcik tua tadi. *nangis kejap sebab rasa diri teruk sangat.

Sepatutnya kita yang sudah banyak sangat dapat nikmat keselesaan hidup, kecukupan makan pakai dan sebagainya...(yang kadang-kadang terlebih lagi) kenapa kadang-kadang berkira sangat nak spend sedikit masa untuk sujud bersyukur kepada DIA? hebak sangatkah mung ni?

Aiseh... ini tazkirah hari jumaat untuk diri sendiri...
kamu mungkin dah cemerlang dari segi ibadah.
sekadar hanya ingin berkongsi...

peace!

hai nama saya Ahmad Deedat. umur saya dah setahun lebey.
happy weekend ebribadey!! 

Sunday, January 8, 2012

kain putih

this is why they said yang anak itu umpama kain putih. tugas mak pak dia untuk corakkan kain putih itu.


in the end of the day...
you can enjoy your 'masterpiece'. InsyaAllah...



Thursday, January 5, 2012

anak soleh, kongsi kain tuala, pegang tangan gugur dosa, komunikasi, lumba lari, abang roi, tidur depan pintu & jangan marah jangan marah jangan marah.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dear reader.

yeah you. yang tengah baca entry ini.



chapter baru lagi. =)

alhamdulillah kami telah dikahwinkan selama 3 tahun.
hampir genap 3 tahun (kalau diukur mengikut gregorian calendar).
and i personally think 
yang setiap tahun atau setiap masa,
we always need to calibrate balik hubungan dalam suami isteri sebab...
we do forget sometimes apa yang Islam telah ajar supaya bahagia milik kita selamanya. ewah! =)

okay jom layan video Ustaz Kazim ni dulu....



yeah... title yang panjang tu saya cedok sikit-sikit dari video ni. and the idea of tazkirah masa majlis kenduri kawen memang cool gila kan?!