Friday, November 25, 2011

11 bulan 1 hari

semalam dia genap 11 bulan.
lagi sebulan dia genap setahun.

sayu hati tiba-tiba...
dah bessyarr anak mama ni...

penawar duka lara sakit hati sakit jiwa. hahaha...
tiap hari peluk cium pun tak puas.


masa umur dia lebihkurang seminggu.
gaya menggeliat masih sama.
berpakej gaya mulut cebik dia.

Tuesday, November 22, 2011

anak rimau melaya

that was the longest 120 minutes.
penat jiwa raga melayan saspen.
sebab malas melayan sorang-sorang, Deedat semalam dapat pelepasan untuk tidur lewat.
kemain eksaited dia.
bermain sambil teman mama tengok harimau muda bertarung dengan burung garuda yang akhirnya transform menjadi angry bird di akhirnya. keh3...

i myself sebenarnya bukan hantu bola pun.
tapi dah hidup bergelumang dengan si kaki bola... haruslah dapat tempias sikit-sikit...

dulu mula-mula kawen, selalunya tempat dating mana lagi kalau bukan kat stadium...
haaa.. dulu jangan tak tau... malaysia lawan china.. stadium shah alam tu kosong je kau...
ada la setompok tourist dari china dan kami dan beberapa kerat penyokong malaysia.
tapi sekarang tidak lagi...

bagi tiket free pun rasanya macam ni jugak... dulu laaa....
haaa... cuba sekarang tiket jual mahal kemain... stadium penuh jugak!
gud work rajagobal!

dulu kalau penyokong banyak ni pun dah kira ramai rasanya...
sumpah tak ingat malaysia lawan negara mana masa nih. 


malaysia lawan manchester united dulu penuh la stadium...
itu pun banjir kaler merah. pftt!!!!


tiket mahal pun tak kesah!!!!!
 siap buat 2nd match sebab permintaan melambung!


ayah Deedat minat juga manchester united tapi kami duduk area hitam kuning masa tu.
sakit hati tengok penyokong jersi merah maki2 harimau malaya.
main dengan team EPL kot!!!!!!

bapak rimau & anak rimau


anak rimau mengaummmm...
ayah dia kata kalau dah besar nanti nak jadik ustaz + pemain bola sambilan pun tak kisah. boleh?


tengok bola apak dia bagi...
mama bagi tengok katun sikit kemain bising ayah dia.... 


semalam rakyat malaysia tidur dengan hati bunga-bunga. tahniah ya harimau kumbang muda...

pelaburan masa dua jam lebih depan tiwi semalam ternyata tidak mengecewakan.
gila ah first time tengok bola tak berkelip.
okay tipu... sebenarnya ada terlelap kejap-kejap.
Deedat pula eksaited semacam. sekejap-sekejap ke depan tiwi. bebel-bebel bahasa dia. sekejap-sekejap masuk bilik sambung main. lepas tu pegi buat muka konfius depan mama sebab tengok bola sambil mata tutup. haha...

Friday, November 18, 2011

pak lawak nama Ahmad Deedat

ayah dia kata dia ni jenis pak lawak.

gambar lama

sebab... suka buat lawak bagi mama ayah dia gelak.

eh... bukan melawak macam maharaja lawak tu.

dia suka buat aksi yang buat mama ayah dia gelak.

contohnya...  lekap bibir  lepas tu buat bunyi BBbRRRR sambil air liur bersepai kat kaki/tangan/perut mama/ayah.
dah geli kita gelak la kan?
tengok orang gelak je kemain dia repeat banyak kali sampai sakit tekak nak gelak.
kalau kita buat gelak-gelak walaupun tak lawak sangat aksi dia
pun boleh motivatekan dia untuk gelakkan kita lagi dan lagi.

satu pe'el baru yang mama kurang berkenan, dia suka ambik barang lepas tu sengaja jatuhkan.
sabar ja la....

kalau talipon kami suara tak dengar sangat... haa paham-paham la...
henpon sudah kiok kena baling-baling dengan budak kecik nih.
sekian....

Monday, November 14, 2011

merajuk

budak 10 bulan lebih ini sudah pandai merajuk!

alkisahnya...
malam sabtu lepas masa nak bagi Deedat makan...
bila nampak saja bubur dalam bekas makanan dia, kemain eksaited dia jerit-jerit.
tengah mama tiup-tiup bagi bubur sejuk sikit sebelum suapkan dia...
tiba-tiba
PANGG!! (eh bunyi bubur tumpah macamana??)
tak pasal-pasal mama pulak yang menjerit kepanasan lepas tu.
sebab bubur tumpah atas kaki.
saja buat drama sikit nak bagi pengajaran dekat Deedat supaya lain kali sabar sikit.
jangan dok tarik-tarik bowl bubur yang tengah panas tu. tauuu awak laparrrr.....
yang sebenarnya drama lebih-lebih supaya ayah dia cepat-cepat datang selamatkan keadaan. huhu....

sabar je la anakku ini... selera makan kemain besau... tapi badan maintain selim... =)

lepas ayah tolong lap-lap bubur yang tumpah tadi
Deedat dah beransur ke ruang belajar dia. tengah belek-belek poster ABC dia.
buat-buat sibuk. gaya orang merajuk.

bila mama ajak makan nak suap dia boleh buat donno saja... haish...
bukak mulut pun tak mau!

"tu ikut gaya mama merajuk la tu... senyap-senyap buat hal sendiri" kata ayah.

lepas ayah chak chak sikit baru Deedat senyum-senyum. tu pun senyum tahan-tahan. boleh?
bila mood dia dah okay sikit... bila suap laju je dia nganga.
Deedat... Deedat....

okay dah tau apa perangai yang mama downloadkan kat dia.
perangai ayah yang ada kat dia... kalau suap makanan wajib nganga sebesar alam.
muat tak muat belakang kira.
lepas tu suka gelak besar gaya konfiden.
tu belum kira gaya tidur lagi.


like father like son.

Friday, November 11, 2011

friday morning yaw!

rutin setiap hari..
bagi hari-hari bekerja.

hantar Deedat ke rumah pengasuh sebelum masuk ofis.

tapi selalunya ke opis dulu untuk thumb print sebab dah agak terlewat. hew hew hew...



tiap hari (almost everytime)...

 lepas serah deedat dekat pengasuh and berangkut beg bagai (beg deedat ke pengasuh saja ada tiga okay... beg baju+toys+diapers+bantal busyuk, beg susu &  beg makanan+botol susu) terus berdesup ke opis. 
lalu satu taska which located depan rumah makcik pengasuh.

yang mana... 
tiap hari (almost everytime)... 
mesti selisih jalan dengan this particular chinese lady with her two sons


 this particular chinese lady... 
sebelah tangan pimpin anak yang nak dihantar ke taska, sebelah tangan lagi pimpin tangan anak kecil yang rasanya adik si abang yang nak dihantar ke taska tadi.

every morning we exchanged smile.
bukan kenal pun.
bertegur pun tak pernah tau.

but i think... the smile we exchanged every morning...
sikit sebanyak satu permulaan bagi hari bekerja yang seronok.
walaupun kadang-kadang mandom juga bila banyak kerja yang kena buat kat opis kan...

that every morning she made my day
harap-harap i did the same to hers too... ngeeee....

okay nak cerita tu ja pun...

happy friday oullss!!!!



my google companion. =)

Thursday, November 10, 2011

aidiladha, cuti-cuti & pose istimewa

cian dia kena bangun awal pagi ikut mama pergi kerja weekend haritu...

cuti deepa ambil kesempatan berjimba-jimba di jusco melaka.
tu dia perut ayah sampai tak terkaver. hahaha...

sebagai ganti... minggu ni mama ambik cuti dua hari. plus minus weekend and cuti raya haji dapat la rehat lima hari... wehuuuuuuww....


raya haji balik segamat.
deedat paling eksaited dapat kumpul dengan sepupu sepapat.
mama & ayah dia eksaited sebab tidak sabar nak melahap rendang moklong yang sedap gila.

habis raya haji kami berdesup ke shah alam...

sebab............




ada date dengan mereka-mereka ini... =)

Deedat dipaksa bangun untuk ambil gambar ramai-ramai.
alolololo... cutenya keysha ajak auntie bergambar. hehehe...

keysha : eh... abang Deedat ada taik telinga la...
deedat : *gulp! 

priceless moment. =)

pstt...annie sy curi gambar dalam fesbuk ko. :p







masa amat mencemburui kami... (hehe)...
jumpa kejap mana puasss....

good luck to mummy-to-be veron!





lepak shah alam mana lagi kalau bukan tempat pokok lip lap. 

deedat tengok apa tu?

sementara ayah pergi kerja... lepak rumah jadi surirumah layan budak kecik ni.

anak manja saya.

deedat mimpi indah eh semalam? ceria kemain.

sebelum balik melaka singgah rumah adam.
adam dah besyarrr....



ok bai!


pose istimewa buat nenek sabah & makciks. oh.. untuk atok sabah & angkel abik juga.
hai semuaaaa....

Friday, November 4, 2011

the perfect weekend(s)

hai semua....

Deedat's 10-months-young ++ already!

apa skills terbaru awak Deedat??

masih belajar berdiri dengan sempurna. Rekod terbaik setakat ni boleh berdiri without support selama10 saat.

gigi 6 batang. which he likes to show off bila sengih. macam sengih kerang busyuk. haha.
nak ambil gambar memang agak impossible sebab bila nampak kamera je cepat-cepat dia tutup mulut.

hari tu kan... ada orang tu kan... apply skill memanjat dia atas laptop mama. nasib baik mama sedar. cepat-cepat dia turun bila mama jerit terkejut.

lagi satu, Deedat dah pandai tepuk tangan. 
kalau mama & ayah nyanyi lagu pok amai amai lagi rajin dia tepuk tangan. =)


can i? please....

agak pantang nampak orang bertalipon. cepat2 dia datang lepas tu nak pegang sendiri.
haaa... jangan tak tahu... Deedat dah pandai buat call out tau.
nasib baik hari tu tercall henpon ayah sendiri.

kalau guna talipon rumah dia stand-by tepi lepas tu tekan butang nak putuskan talian.

Deedat kalau telefon nenek sabah memang kena banyak kali round
rajin dia putuskan talian.


semalam...

nenek sabah : eh... Deedat buat apa tu? tadi bising mulut dia...

mama Deedat : tengah khusyuk main.

nenek sabah : Ooo...kalau macam tu. letak la talipon. 

mama Deedat : (aik orang belum habis cerita lagi...)


caught red-handed! again..

mama... i can make snowwww....


thanks to Allah. he still adores astro oasis.


tengah syiok main dalam bilik, tiba-tiba dia merangkak depan tiwi.

khusyuk!

okay.. jom sambung main!

last last weekend mama kerja. sabtu & ahad!

terpaksa angkut the boys skali.

ayah... jom main timang tinggi-tinggi!

cepat la ayah....

ayah....

ayah ni buat-buat tak layan pula...

one... two...

wheeeeeeee............

ayah nak yang mana satu? Deedat belanja!

penat main sampai tertido.

babysitter for that day.

the next weekend kami balik kampung jumpa atok segamat.

mama belanja makan seafood masa cuti deepa sebagai ganti cuti weekend hari tu.
tapi ayah bayar. hehe...

ayah... nak makan apa?

lepas tu pegi naik bot kat sungai melaka.

penat wooo...

okay... to auntie pontian... this is the latest  pic.
see.. see... my rambut sudah tumbuh already... =D

okay la...
Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha semua....
happy friday, happy weekend and happy holiday oullsss!!!!!!!!!

yang benar : jas, deedat & bern.

good friends are for keeps

habis spm dulu terkandas sebab kurang paham pasal hal-hal sambung belajar.
bajet goyang kaki tunggu surat tawaran masuk U sampai rumah.
bila satu-satu kawan dapat offer masuk matrik baru tergagai kenapa tiada satu surat pon sampai rumah.
owh... rupanya kena APPLY! hellooooo....
how can i not know?!! nih mesti kes bantai tidur masa taklimat kerjaya sekolah dulu. kah kah kah
bajet pelajar rebutan IPT la konon... padahal spm agregat 14 sajo...
tapi serius... TAK TAHU yang kena apply.
ingatkan automatik UPU hantar surat tawaran kat semua orang lepas result spm keluar. keh3....

bila semua kawan sudah selamat masuk U.. masuk matrik...
masih goyang kaki goyang tangan lepak rumah lagi.
last-last atok Deedat suruh pergi daftar form 6.
and that was the turning point cerita kami jumpa dulu di maktab sabah, kota kinabalu.


as i was the student yang agak lewat mendaftar... tiada kawan pula tu...
quite lucky juga la classmates semua friendly gila.
tiba-tiba rasa seronok jadi budak sekolah balik.


some of us memang rapat gila sebab tinggal seasrama.
pergi kelas sama-sama.
pergi makan sama-sama.
basuh baju ramai-ramai...
lepas tu sidai baju sama-sama sambil bergosip belakang asrama...
petang-petang time hujan bancuh milo panas lepas tu pegi buat muka kesian minta biskut marie dekat kawan yang bapa beliau suka hantar stok makanan banyak-banyak untuk dicicah sambil gosip sama-sama.
malam-malam kalau lapar pegi ketuk rumah metron beli kuih goreng panas-panas...
bila bosan keluar ke bandar KK sampai terlebih masa lepas tu pakat ramai-ramai masuk senyap-senyap takut warden rotan kalau kantoi.
hujung minggu ramai-ramai buat piknik tepi pantai tanjung aru.
ohhh memories!
  
serius banyak lagi la pengalaman indah syiok manis masa tu...
pardon my memory yang sudah agak berkarat.    

these particular friends.
kami masih berhubung sekali sekala sampai sekarang.
kerap tu tidak la.
masing-masing sudah ada life masing-masing.
tapi bila jumpa sekali sekala... keseronokan macam jumpa saudara sendiri.
ada chemistry gitew.. haha...


gathering paling last di shah alam. masa baru habis pantang.
okay fokus the three hot ladies (hahaha)
the new mommy... the mommy-to-be and the pengantin baru...
ayah Deedat haruslah tiada dalam gambar.
beliau tukang snap ini gambar. =D

can't wait to see you girls...
rindu nih!

Thursday, November 3, 2011

life's too short rupanya...

semalam ayah Deedat balik. 
tunaikan janji katanya.
hari tu janji lepas thesis dah submit nanti mahu berulang shah alam - jasin.
mama lompat-lompat gumbira dalam hati. 

tapi pikir-pikir balik. macam tak praktikal la pulak.
ulang alik tiap hari bikin ayah Deedat penat weh. tiap hari travel 300++ km.
tu tak kira kos pergi balik lagi! minyak, tol, etc. etc....
plus minus kerisauan kalau suami tidak sampai-sampai lagi...
 
hmm... plan B. balik weekend & mid-week saja.
maknanya jumaat, sabtu, ahad, rabu. okay la kan? 4 out of  7. 
okay la kan... tahan rindu dua hari. boleh kot.

tapi still kesian jugak. 
kesian kat dia. walaupun dia buat muka rilek saja bila sampai rumah.
tau awak penaaaaat.....

bukan senang rupanya PJJ.
ini baru shah alam - jasin. 
maunya perlis - johor bahru. pingsan! 
to all PJJrians, i salute u all...

tapi kalau balik weekend saja.. lama mana la sempat lepas rindu kan?
rough calculation... ha dalam setahun ada 52 minggu. kali 2 dapat la 104 hari.
maknyanya lebihkurang 29% saja kita berjumpa dalam setahun. what?!!!
tu belum kira kalau terpaksa kerja weekend. kursus lagi. pergi perhimpunan haram lagi... haip! haip!
tidak... kami tak pernah pun pegi rally2 neh! guling-guling atas tilam di hujung minggu lagi seronok. serius! keh3....
 
Hidup sekijap saja maa... Life's too short!

eh... kenapa mama Deedat tetiba bebel pasal pjj pulak nih.
dulu eksen ja rilek2... tak apa duduk jauh... kurang sikit gaduh-gaduh.

eleh.. baru dua tahun lebih pjj dah bising-bising. orang lain berpuluh tahun rilek ja.
itu kamu! 
nih esok-esok nanti nak planning adik untuk Deedat. 
haruslah ayah mainkan peranan urus rumahtangga pulak nanti. ha ha ha... 
 
saya rasa dah cukup kot pengalaman singkat nih. rugi wooo... 71%!
alhamdulillah daripada duduk keseorangan sehinggalah berdua dengan Deedat berjauhan dengan ayah Deedat beberapa hari dalam seminggu... takat ni tiada dugaan besar sangat lagi. alhamdulillah. Allah tahu hamba Dia yang satu ini tak tahan ujian. 
Tapi dalam hati sudah mula berharap.
supaya kami disatukan semula. duduk sebumbung like a normal family

semalam lepas makan malam...

ayah Deedat : Bila la awak nak pindah shah alam... nanti boleh kita jumpa tiap malam.

mama Deedat : awak la pindah sini.

ayah Deedat : kalau utem offer nak aje. abis tu tak panggil-panggil kena stay uitm lagi la. awak la minta pindah.... (buat muka berharap)...

mama Deedat : (lepas pikir panjang) tahun depan kita try la minta pindah.    

ayah Deedat  & Deedat : YEAYYY!!!!


bukan apa. syok duduk sini. 
no traffic jam. kalau kereta lebih dari 5 biji beratur kat sini dah consider traffik jam hokay... hahaha 
tempat kerja pun kira ok. i mean suasana persekitaran & the people. walaupun kadang-kadang mulut bising kalau ada yang tak puas hati. har har harrrrem....
sewa rumah... upah pengasuh semua kira cheaper jugak la kalau banding tempat lain. 
tuan rumah pun ok. 
lagi-lagi Deedat memang ngam sangat dengan pengasuh dia.
Budak kecik tu kadang-kadang tak mau sangat dengan orang. ada orang cakap dia sombong.
tapi makcik pengasuh pula asyik cakap Deedat nih seorang yang sangat friendly. semua orang dia nak. konfius mak! agaknya dia nak geng dengan orang selandar je kot. Deedat... Deedat....  

bila pikir-pikir semua benda tu buat hati berat minta pindah.
tapi pikir-pikir lagi... huh... terai saja lah next year.
sian ayah Deedat makan kedai mamak tiap hari.

kawan-kawan...tolong baca ayat bawah ni dengan penuh perasaan dan pengharapan ok...

"Ya Allah... Kau permudahkan urusan keluarga Deedat ini. Satukanlah mereka. Mudahkanlah mama Deedat dapat pindah tempat yang lagi best dan dekat dengan tempat kerja ayah Deedat nanti.. sebab dia tak reti bawa kereta di tempat yang sesak. Amin ya Rabbal alamin....."

terima kasih! kami doakan yang terbaik juga.. buat kamu dan keluarga kamu. amiinn.... 

      
mama Deedat : awak enjoy la puas-puas dulu duduk dengan kawan-kawan  kat sana sementara tak pindah lagi nih. 

ayah Deedat : (buat muka pelik) first time tau dengar isteri cakap macam tu. suruh laki enjoy puas-puas.

mama Deedat : nikmatilah puas-puas hidup membujang awak kat sana sebelum kami huru harakan hidup awak bila kita dah sebumbung selamanya nanti. hahahaha... (ok ayat auta! tapi lebih kurang gitu la). 



eh panjang pula bebelan hari ni. ok bai!
   
  
   
l.o.v.e