Friday, October 28, 2011

facebook

dulu start ramadhan sebenarnya sudah deactivate.
sebulan lebih jugak.
bila orang tanya...
malas nak bukak dah sebab asyik berfesbuk banyak kerja tak jalan.
memang ya.
saya jenis senang hanyut.
kalau dah syok. itu la yang dihadap memanjang.

sebab lain...
meh saya bagi jawapan poyo...
nak elak kan dosa kering. sebab dosa sedia ada dah banyak sangat kan...

serius. bila ngadap fesbuk... kalau ada kawan-kawan post status / gambar yang tidak kena di mata.
mula la gatal tangan nak menaip komen berbau kutukan atau hinaan. (ini saya. bukan kamu).
kalau tak tertaip pun kompom mengutuk dalam hati.
esok-esok lepak kat kedai kopi... gebang-gebang dengan kawan mesti terkeluar juga kalau takda modal sangat dah nak mengumpat.


peringatan untuk semua diri sendiri : JANGAN ASYIK DOK CANANG KAT FESBUK SEMUA BENDA. MELUAT EH!
source : internet.


suatu hari yang indah tu... pernah ada orang tu cakap gini masa lepak kedai kopi

"haaa itu la hari tu kau sebar cerita bukan-bukan kat fesbuk sampai si polan merajuk"

terkesima aku dengar ayat tu.

masalahnya... benda yang aku cakap tu memang aku rasa sahih.
dan tidak memburukkan si polan pun. benda baik. (bagi aku laa)
mungkin statement aku dah ceroboh privacy dia.
oh... gurauan melepasi sempadan kot. mungkin lah...
patut la si polan macam ada benda yang tak puas hati dengan aku selama ni.
ah.. mana-mana lah! kisah pulak aku...

memang lah... kita boleh control apa yang kita tulis dalam fesbuk.
tapi kesan kat orang lain dari apa yang kita dah terlanjur tulis tu diluar kawalan kita kan?

tapi serius nih...
nak minta maaf kat SEMUA
kalau ada GURAUAN/KOMEN/STATEMENT/WHATEVER yang tak patut yang aku post dalam fesbuk dulu.

ekoran dari itu.
kami laki bini tutup akaun fesbuk masing-masing.
tiada lagi gurauan2 dalam fesbuk macam dulu.
bergurau di luar fesbuk sudeh...

ada sebab-sebab lain lagi.
tapi yang ini
biarlah jadi rahsia kami berdua.

eh... eh... poyo je cakap dah deactivate... tapi ada lagi.

memang la dik..

lepas habis bulan puasa activatekan balik akaun fesbuk.
bukan apa. tetiba teringin beli baju Deedat secara online. kawan yang jual tu ada kat fesbuk saja.
tu yang terbukak balik secara sengaja.
lepas tu malas deactivate balik. mungkin suatu masa nanti... mungkin.

memang. masa mula2 deactivate dulu menggulupur hati nak bukak balik. kononnya rindu nak tahu perkembangan kawan-kawan. (alasan kan!)
macam orang ketagih dadah...
tapi lepas berjaya menahan sebulan lebih..
lepas activate balik memang sudah tiada nafsu untuk berfesbuk.
kadang-kadang kalau buka pun... sekejap saja... sudah bosan.  
so... no more addiction to fesbuk. yeay!

rasa bebas...
cuba la weh!

lepas cuti raya hari tu... fesbuk kena blok di opis.
kalau dulu mungkin i will be one of the kuli2 kerajaan yang protes dengan alasan
"alah... nak blok fesbuk buat apa... kan itu salah satu medium kita sampaikan maklumat sesama staf..."
motip?
supaya diorang tak jadi blok fesbuk di opis dan boleh buang banyak masa layan fesbuk masa kerja.
kuang3...
itu kalau dulu la...
tapi sebab akaun sudah tidak aktif... not a big deal la kan... see? see?

bukan aku cakap fesbuk tak elok tau.
ada yang elok.

bagi kamu.. ya.
tapi bukan bagi kami.

ini bukan propaganda nak kata kamu berfesbuk tu kamu tak bagus.
kalau cakap gitu memang nak kena minta sebat laju-laju la tu.

ini hanyalah karangan saya yang bertajuk KENAPA SAYA TAK JARANG MAIN FESBUK DAH.

sekian.

source : google

ayah Deedat tiada akaun fesbuk. dia ada selipar fesbuk ja. kau ada?

Tuesday, October 25, 2011

Our little Aidilfitri (versi ramai-ramai)....

sebelum raya korban menjelma... habiskan cerita raya puasa dulu.
tahun ini tradisi baru.
ambil gambar raya kat studio ramai-ramai.

Sebab bangun awal sangat pagi raya... inilah hasilnya....


kemain gigih mak pak dia kejutkan bila turn kami sampai. segigih itu jugak dia bantai tidur takmo bangun-bangun.

apa-apa la nak....

okay... ketinggian mak Deedat tu tipu ja. kat bawah kaki ada lima rim kertas A4. hahaha....

Thursday, October 20, 2011

edisi makan Ahmad Deedat



hai semua....


hari ini Deedat nak tunjuk skill makan pula...

saya dah pandai makan sendiri. see... see...

nak rasa?

ngap!

lepas mama suap Deedat suka gigit sudu tu. kadang-kadang mama bagi lepas je.

lepas tu Deedat buat gini.

dan gini.



Deedat... Deedat...



hairan...

Ingatkan dalam rumah ni ada tikus....
tengok ni...


crime scene...

caught red-handed!

GULP!!!

chak! hai mama.... how are you?

nak cover la tu...

kita kawan kan mama?
*haish... senang betul dia cairkan hati mama. sigh*



Wednesday, October 19, 2011

anda ada 60 saat.

hari tu tertengok rancangan anda ada 60 saat.
alaa rancangan yang nabil lu pikir la sendiri tu yang jadik host.

masa sorang peserta lelaki tu beriya menangis sebab tersingkir...
ayah Deedat tetiba marah-marah...

ayah Deedat : dulu masa SPM tak dapat 9A takda kau nangis macam tu (tuju kat peserta dalam tiwi tu la).

mama Deedat : mana awak tau yang dia tak nangis macam tu masa amik result SPM dulu?

ayah Deedat : (gelak. lepas tu sambung menaip thesis yang dah overdue).

few minutes after.

mama Deedat : terer la peserta perempuan nih. diorang kalau main ramai-ramai senang je nak menang kan. kalau main sorang-sorang kemain susah lagi nak menang sampai lima peringkat.

ayah Deedat : alah... dulu ambil SPM pun ramai-ramai. ribu-ribu orang lagi. tapi tak boleh score 9A jugak...


pulak!

tapi tabik la peserta tunggal perempuan yang menang tu.
menang RM250,000 lepas kalahkan semua peserta lelaki..

perbualan apak & mak Deedat lepas tu haruslah berkenaan nak buat apa dengan duit RM250 ribu tu nanti.
alah... plan apa yang kami akan buat kalau dapat sedebuk duit suku juta macam peserta tu.

berangan je laaa...

Tuesday, October 18, 2011

terima kasih astro. banyak2!

awal bulan haritu astro dah stopkan preview baby tv. kena tambah bayar RM5 kau... kalau nak ambik cenel tu lagi laa...
mula-mula menyumpah juga dalam hati... haritu kan astro baru naikkan bil bulan-bulan...
nak bagi satu cenel pun berkira. hapa raa...
bukan apa... Deedat suka sangat tengok beberapa katun dalam cenel tu.
especially katun tulli tu. mesti dia automatik gelak kalau kluar katun tulli. katun lain dia buat derk saja. jadinya.. maknya ni pun boleh la ambil kesempatan lari-lari ke dapur sementara dia tengah syok layan tulli kan?

tulli
sumber : gugel.

iya... dulu geram. sekarang tidak lagi. tak heran pun... anak ku tak ada la pulak tercari-cari dah baby tiwi tu skarang ni. alhamdulillah... tercapai jugak hajat nak kurangkan exposure tiwi kat dak kecik nih.
slalu bukak tiwi bukan dia heran dah.
alah kalau tiba-tiba teringin nak tengok tulli... kat internet berlambak... ha ha astro!!!!

tapi alhamdulillah sekarang ni dia masih layan astro oasis tu.
kalau tengah syok main dalam bilik... bila dengar rancangan zikir waktu maghrib tu dia tinjau-tinjau lepas tu datang melepak depan tiwi. kemain tekun dia tengok.
anyway... thank you astro sebab tak bagi free dah baby tiwi tu...
tapi kalau tetiba cenel oasis pun kena tambah RM5,
memang suruh aku terminate on the dot la astro tu.

sekian, terima kasih.

Monday, October 17, 2011

monday blues

hari isnin memang wajib malas.
monday blues katekhan!!
masuk opis pastu pikir-pikir apa nak buat esok. sebab semua kerja ini hari nak tangguh esok.
bajet esok rasa rajin akan datang laa. pffttt!

tapi kerja wajibulghunnah kompom buat haa...
kelas hari ini, dera budak-budak speking london.
siapa tak boleh buat short public speaking takleh balik lunch. eh.. semua tak boleh keluar selagi semua tak setel. biar kawan yang dah lepas akan push kawan-kawan yang taknak buka mulut cakap omputeh sebab malu. or maybe ada emas dalam mulut takut terkeluaq kalau cakap inggeris.

sekarang ni suka guna taktik kotor sikit.
nak paksa students jawab soalan umpan guna duit.
tapi haruslah soalan yang wajib diorang takleh susah nak jawab. hew hew hew!

haritu offer RM50.
seb baik la diorang takleh jawab.
tapi memang menggulupur jugak diorang nak cari jawapan.
lagi-lagi bila bagi sepuluh saat saja untuk cari jawapan. lepas tu kira satu sampai sepuluh laju-laju.
lepas tu bagi 3 kali percubaan saja. kalau lebih tiga kali... teeetttt!!!
makin menggulupur diorang berpikir. instead of bagi jawapan rambang.

syok2! hahaha

kalau tak... ibarat cakap dengan dinding kau...
semua menikus bila tanya soalan dalam kelas.

minggu lepas terbang lima hengget sebab ada budak bijak dalam kelas.
nak guna taktik nih kena pandai predict skit... kalau agak-agak students boleh jawab betul... haaa... jangan nak ngada offer RM500.

naya!
ha ha..

p/s: haaa.. itulah inovasi saya dalam p&p... agak-agak kalau guna untuk apply naik pangkat nanti boleh tak?
T_______T

Friday, October 14, 2011

the beauty of sleeping Deedat


antara gaya tidur Ahmad Deedat yang sempat dirakam dari dulu sampai sekarang.

trademark Deedat dari dulu haruslah tidur sambil mulut menjuih. mahal nih!

haa... macam ni lah kekdahnya...

haa.. kan dah cakap tadi,
 ini trademark Ahmad Deedat yang punyaaa...

kau mampu?

juih lagi.

gaya tidur orang kerja overtime
penat sangat berhempas tulang nih...

chak! macam buat-buat tidur je Deedat... =)

okay... ni memang tidur tak tipu punya!

bateri habis.

sambil shopping pun boleh tidur.

super mario bro!

syok sangat tidur tepian pantai... angin sepoi-sepoi bahasa gitew....

masuk kereta lagi dia masyuk tidur. ekon katakan...
tu nak bagi hint2 kat ayah suruh pasang ekon kat rumah la tu..

ZZzzz...

penat weh jalan-jalan.... cas bateri dulu...

ketiduran yang penuh kesopanan dan kesusilaan... ;p

tidur sambil memikirkan masalah negara.

si domok yang kuat tidur!

out of service... 

kadang-kadang tengah main pun boleh habis bateri tiba-tiba...
tau-tau dah lentok atas bantal...

Deedat penat main ye sayang...

asal boleh je anak mak nih...

gaya tidur penuh keimanan... 

tapi selalunya memang dia tidur sepah-sepah je. asal boleh. 

okay la...
saya mengantuk sangat dah nih.
tidur dulu... tata!

Monday, October 10, 2011

kalau

kalau boleh putar balik masa...
mau kembali ke zaman sekolah dulu.
struggle habis-habis lepas tu dapat result paling ekselen.
lepas tu minta kerajaan tanggung sambung belajar ke negara omputeh.
budak pandai katakan... bluwek!
pergh... kenapa tidak ke negara arab terus?
balik malaysia boleh jadi ustazah pilihan... gitu!

mungkin juga hidup aku sepatutnya lebih syiok sekarang ini.
sebab kadang-kadang rasa benci hidup sekarang.
sakit hati ngadap orang-orang yang suka semakkan pikiran.

hoi... tak elok cakap KALAU.

terima saja apa yang ada. semua urusan Dia.
R.E.D.H.O.
itu kan lebih baik.

tapi hidup lebih indah bila ada si kecik ni...

Deedat 7 bulan... 










syukur. alhamdulillah....

Saturday, October 8, 2011

Tuesday, October 4, 2011

4 oktober

biasanya sambut medeka mesti imbau balik sejarah kewujudan negara.
macamana susah payah pejuang-pejuang dulu berkorban untuk merdekakan negara kan?

tapi bila sambut hari jadi sendiri... agak kurang kita imbau balik sejarah hari kita dilahirkan.
macamana susah payah mak kita tahan sakit separuh mati. woi sakit tahu nak beranak!

okay... tidak dilupakan susah payah si bapa uruskan isteri yang nak bersalin. susah payah suami jaga isteri tengah berpantang. uruskan si kecil lagi... ingat senang??? boleh tunggang terbalik dunia wooo...

saya bercakap melalui pengalaman kami yang sedikit cetek. bukan merapu bagai.
bukan mengungkit tapi mahu kongsi bersama.
kalau tidak setuju boleh pegi main jauh-jauh syuhhh syuhhh!!!!

pokok pangkalnya... bila tiba hari lahir... orang yang paling deserve untuk diraikan adalah mak kita.
tidak dilupakan si bapa. and of kos la kita yang telah menyumbang kesakitan yang amat pada tarikh itu.

long time ago. with love.

beberapa tahun yang lepas saya dipertemukan dengan seorang insan yang sangat istimewa.
seorang mak yang amat menyenangkan hati.
insan yang telah bertarung nyawa pada  4 oktober 1982 bagi memperjuangkan kelahiran suami saya kini.
mungkin benar kata orang... orang baik-baik laju aje dijemput DIA.
walaupun sempat merasa menjadi menantu hanya beberapa bulan sahaja... kerinduan selepas dia pergi masih terkesan di hati.

suamiku... lepas tiap solat hari-hari kena ingat selalu... doa awak sampai kat mak tau..

happy birthday yayang.