Thursday, September 29, 2011

presenting to you...


si botak Deedat!!!!!  =D


cekci tak?? =P

Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday #4

Tuesday, September 27, 2011

your laughter is a music to my soul.

semalam masa ambik dari rumah pengasuh kemain khusyuk dia tidur.
baru lepas penat bermain + bersosial. kata makcik pengasuh.
kemain gigih dia tahan ngantuk seharian sebab ramai orang nak layan dia.
iya la.. balik rumah nanti ngadap muka mak dia sesaja. 
syabas anak mak! pandai ambik kesempatan. =)


sampai rumah dia sambung lena lagi. mak dia pun join sekaki dengan senang hati.
haaa... lena tak lena sampai tengah malam jugak kami lena.
agak-agak bosan kejutkan Deedat. ajak temankan mama lipat kain sambil layan tiwi.
lepas makan, tukar pempers, main ala kadar... Deedat dah serender balik. 
nguap barang sekali dua bagi hint kat mama nak sambung tidur.


kalau hari-hari macam ni memang terbuat juga la kerja-kerja kat rumah.
sebab sekarang ni pe'el baru dia... kalau boleh nak mak dia ada depan mata tiap saat.
tinggal kejap nak ke dapur mula la dia meraung tak keluar air mata.
bunyi nanges tahap kena tinggal sebulan lak tu.


sekarang baru paham sikit.
budak tengah membesar memang tebiat dia agak bermusim. maksudnya lain musim lain tebiat.
kalau dulu dia tak kesah mama hilang-hilang ke dapur sekejap. makin suka ada la.
takda siapa nak jerit-jerit kalau dia sebok nak memanjat kerusi.
sekarang ni lain pula... kalau curi-curi nak ke dapur pun dia boleh alert. lepas tu... huwaaaaaa!!!!!
tak kesah la dia tengah nak manjat-manjat pun.. nak ada mama depan mata jugak.
haish!


sekarang umur Deedat dah lebih kurang umur dia masa dalam perut mama tak lama sebelum keluar tengok dunia dulu. kejapnya rasa masa berlalu.
syok pula tengok budak tengah membesar depan mata. ada-ada saja benda baru tiap hari.
paling mama suka bila Deedat balas balik senyuman mama. lepas bangun tidur pun dia boleh terus senyum bila nampak muka mama. agaknya tiap hari dia mimpi indah.
lebih kurang gini la senyuman dia.
kadang-kadang kalau diusik masa tengah syok tidur boleh dia bebel-bebel sikit. tapi mata tengah tutup.
macam-macam la...
mesti mama rindu sangat moments tu bila Deedat dah besar nanti. T___T 


gambar lama. kecik-kecik dah pandai gelak besau!



few weeks ago. mama.... chak!!!

awwummm!!!
gambar paling last posted on fesbuk.


anak manja saya. =)

Wednesday, September 21, 2011

Our little Aidilfitri

tahun ni raya bertiga

dulu...
tahun pertama, raya berdua. 
biasa-biasa saja.
tiada baju baru.
persiapan pun ala kadar.

tahun kedua, raya berdua setengah. 
Deedat masa tu sudah masuk trimester 3 dalam perut mama kalau tak silap.
persiapan pun ala kadar juga.
baju baru pun tiada.

2 hari terakhir sebelum Syawal kami mula bersiap apa yang patut.
sebab desakan mama.. akhirnya ayah akur tahun ni kena beli baju raya jugak.
tu pun memula ayah Deedat kata belikan untuk mama & Deedat saja.
iya lah tu...
sekali mama & Deedat terpaksa beli dua pasang sorang jugak.
sebab ada orang tu terbeli baju raya dia dua pasang .
hahahaha...


Gambar wajib =)

di pagi raya yang indah....

persidangan makhluk-makhluk comel.
Deedat terpaksa join sebab belum cukup umur nak join sembahyang pagi raya.

apa laa yang dibincangkan tu...

Alaaa... bosan la diorang asyik cerita topik gigirl...
bila orang pegi masjid nak balik ni...

tradisi baru tahun ni... amik gambar studio ramai-ramai.
yang sepoilnya Deedat dah tidur takmo bangun-bangun sebelum sampai turn kitaorang bergambar.
agaknya anak mak penat sangat menunggu tu...
sabar je la...

selepas amik gambar pun gigih dia takmo bangun... haish...

apa-apa la nak...

balik rumah, sesi minta ampun pulak.

masih gigih bertiduran. kih3... tapi duit raya tetap jalan... =D

orang dah kering air mata bermaaf-maafan baru dia sedar.
tengok tu... kakak Alya dah siap tukar baju raya.

3rd Syawal...

on the way balik kampung mama pulak

3 generasi...

Syawal ke-7

Deedat demam buat pertama kali.
dah la ayah kena balik KL.
berganda-ganda pilu hati mak tau!
masa mama menangis pagi tu... boleh ayah Deedat cakap
"ala... takyah la nangis... bukannya nak pi perang kat afghanistan pon...nanti lagi dua minggu jumpa la..."
sabor je la...

alhamdulillah esoknya demam Deedat dah kebah.

kemain gigih atok & nenek ikhtiar nak ubatkan dak kecik nih.

kembali ceria. mak sukaa!!!!

muka kerek Deedat lepas berjaya memanjat.
kau mampu?
=P

gini la gaya baru dia tengok tiwi....

sekian...

Monday, September 19, 2011

kembali bersiaran

bila dah cuti lebih setengah bulan... rasa macam baru balik dari cuti bersalin 3 bulan.
terasa diri banyak yang tertinggal. sebok tanya member apa updates terbaru di kolej.
hehehe... poyo la kau!

alhamdulillah sudah selamat menemukan Deedat dengan atok & nenek Sabah dia.
kiranya kepulangan hari raya tahun ini la yang paling bermakna setakat ini sebab berjaya pulang dengan seorang anak. kemain syiok atok & nenet Deedat. maklumlah cucu sulung...
sebelum ni bertalipon dengar suara semata. bila bertentang mata... haaa... bayangkan....


selama bercuti rumah atok sabah banyak juga skills Deedat yang terdevelop. 

  • gaya merangkak makin mantap. 
  • sudah pandai memanjat kerusi(sofa) dengan jayanya. 
  • makin sebok nak berdiri. rajin mengatur langkah (of kos dengan bantuan). 
  • gigi atas tambah dua. jumlah terkini enam batang.  
  • mulut makin bising. 
  • pandai buat-buat gaya batuk. lepas tu tergelak sendiri.
  • pandai tiup atas perut mak sambil buat bunyi frooot... lepas tu tergelak sendiri juga. memula mama kena blamed sebab selalu buat kat Deedat. lepas tu ayah dia kata okay la tu Deedat dah pandai entertain diri sendiri. T__T
  • suka sangat tadah tangan kat air paip time mandi. feeling air terjun la tu.
tapi satu yang mak tak berkenan sangat. part Deedat meraung dalam flight. masa pegi dengan balik okay!
nasib baik tak sepanjang panjang perjalanan. kalau tak, mampus keras dah mak kau Deedat. haish...
bukan apa... karang mengganggu penumpang lain... sogan den!  
dalam hati kemain berdoa budak kecik lain meragam sama. tak la malu sangat nanti ada geng. hahahha... tapi memang raungan Deedat je yang kedengaran. sampaikan mak rasa itulah the longest two & a half hours.
kemain tatang dak kecik tu. Deedat nak gigit jari mama sampai putus pun tak apa. asalkan dia tenang tak melalak. nanti drop water face mak ayah je. tapi syukur la tak lama mana dia meragam. 

haaa... kan dah kena sumbat mulut tu...
nasib baik juga Deedat reti hisap pacifier tu...  heee... 


phewh!
  

 

Friday, September 9, 2011

salam lebaran dari seberang

assalamualaikum...

rasanya belum terlambat untuk menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf buat semua kawan, teman dan taulan... sempena syawal tahun ini... semoga segala salah dan silap kami dimaafkan. halalkan apa yang patut... atau dalam bahasa lagi simple... KOSONG-KOSONG lah ye.

Deedat tengah syok beraya di kampung atok dan nenek sabah lagi.
insyaAllah lagi seminggu kembali bersiaran.