Thursday, August 25, 2011

8-months-young

hai semua...

Deedat turned 8-months-young yesterday.

eksyen sket sudah buleh berdiri sambil berpaut sebelah tangan...  =)

ni masa teman mama sahur. kemain awal dia bangun.

time ayah balik weekend wajib kacau ayah buat kerja.
kena cari mouse yang takda lampu nih!


dah besar macam kelakar pulak Deedat main dalam playgym dia nih.
dulu kecik-kecik bukan dia layan sangat.
eh.. macam la Deedat dah besar sangat kan... eheh...


ini gambar khas buat auntie Pontian saya...
tengok ni gigi saya sudah besar.
kih.. kih.. kih...


tadaaaaa!!!!
(abaikan kesan lebam di bibir itu. budak kecik ni memang dah makin lasak T__T)



Wednesday, August 17, 2011

wordless wednesday #3


Tuesday, August 16, 2011

usaha tangga kejayaan #2

alamak... kalau ayah yang dokong susah nak lepas nih.

cuba kiri

gagal

cuba kanan

cuba kiri lagi

pheww!


cuba depan plak!

haish... tak bole jadik nih!


guling guling macam tenggiling.....

ayah... sama tak mulut kita...
:-*

**gambar-gambar dari album lama. Deedat = 3 bulan.

Monday, August 15, 2011

happy belated hari kidal =)

saya seorang kidal yang agak tegar. lebih kurang la...
semua benda kalu boleh mesti guna tangan kidal baru ada umph!
menulis kompom guna tangan kiri.
korek lubang idung kompom guna tangan kiri.
tekan kalkulator kompom guna tangan kiri.
pegang pisau pun guna tangan kiri.

agak-agak dak kecik ni nanti kidal ke kanan?

kebiasaannya orang kidal selalu kena tegur tiap kali guna tangan kiri.
contoh:

"woi.. makan guna tangan kanan la. tangan kiri guna basuh berak!"

"tulis guna tangan kanan... cuba.. cuba... u ken du it!"

"eii... guna tangan kiri?? tangan basuh tahi!"


itu senario biasa yang kebanyakan orang kidal akan lalui.
KAMI BUKAN ALIEN.
kami UNIK... ISTIMEWA.
iya... mungkin cacat. tapi CACAT YANG COMEL.

masa kecik dulu pun selalu mama marah kalau tulis guna tangan kiri. eh.. bukan marah pun. encourage guna tangan kanan. my mom seporting okeh!
masuk sekolah pun cikgu suruh guna tangan kanan.
kawan-kawan pun sibuk tegur suruh guna tangan kanan.
rimas tahu!
tulis guna tangan kanan TIADA FEEL!
serius.
itu yang kami orang-orang kidal rasakan.

dunia pula agak bias dengan orang kidal. semua benda di design untuk orang kanan.
kalau tulis dalam buku yang tebal agak seksa. lagi-lagi bila masuk separuh buku.
cuba check kerusi yang ada attach meja lipat tu.
saya paling tak suka kalau kelas dulu di bilik kuliah yang pesen gini.
nak menulis bukan main susah.

sebab ketegaran guna tangan kiri. plus minus suara-suara yang asyik suruh guna tangan kanan....
saya selalu keliru mana satu kanan. mana satu kiri. serius.
biasanya kalau nak decide mana kiri.. i will feel mana tangan paling best untuk menulis.
sebab keliru juga kadang-kadang terbasuh berak guna tangan kanan. T__T

betul ke tak boleh makan guna tangan kiri langsung?
terus terang, selalu juga suapkan Deedat guna tangan kiri.
memang selalu betulkan guna tangan kanan bila terperasan balik.
tapi suapan jadi kurang sempurna.
mesti ada makanan yang jatuh.
and of kos la muka anakku makin comot. haha...

sabtu lepas 13 Ogos rupanya HARI KIDAL SEDUNIA!
baru tahu ada hari kidal. itu pun sebab kakak hantar sms wished selamat hari kidal that day.
lepas baca sms sengih-sengih kat bapak Deedat.


"awak tak nak bagi hadiah kat saya ke hari ni?"

"sempena?"


"hari ni hari kidal sedunia (sambil buat muka bangga)"

"eh awak kidal eh??"

mencik tau!

Tuesday, August 9, 2011

tujuh bulan setengah

budak tujuh bulan lebih.


gigi Deedat tambah lagi dua batang. 

belah atas. 
maknya makin seram sejuk sebab asyik kena gigit.

kasut pertama dia.

langkah Deedat pula makin panjang. 
sabar.. sabar... belum pandai jalan lagi. 
tapi makin laju dia merangkak tau.

epp.. epp... nak ke mana tu??




satu pagi yang indah dihujung minggu.. feeling-feeling buka mata aje muka kekasih terpampang di depan mata. 
iya.. bapak Deedat tengah syok tidur. 
senyum. 
lepas tiga saat senyum terus kena heart attack
dengar pung pang di ruang tamu. Deedat mana!!!!!!!!!!!

berlari mak Deedat ke ruang tamu. 
budak kecit tu tengah gelak sorang-sorang tengah high main hempas-hempas pengurut kaki lima hengget atas lantai. 
kuuus semangat. 
dia dah pandai turun tilam sendiri rupanya. 
iya. katil memang tak pakai apatah lagi bila dah ada Deedat nih. 
tapi tilam tinggi jugak untuk baby nak turun sendiri. lebih kurang 6 inci gitu.

seharian mak bapak Deedat observed beliau. iya la.. kut-kut pagi tadi jatuh tilam lagi.
tengah-tengah baring dia dah pandai duduk sendiri.
lepas tu merangkak ke bucu tilam. 
bila agak-agak dah mula gayat dia hulur tangan selow-selow ke atas lantai. 
lepas tu selow-selow tolak badan. 
jatuh kaki kanan... 
jatuh kaki kiri.
tadaaaaa!!!!! 
lepas tu laju je malarikan diri ke ruang tamu. 
kadang-kadang belum sampai pintu bilik dia intai-intai dulu kat luar... 
macam spy jems bon gitu. haha

tengah khusyuk ushar beg mama.
oh ya...
sekarang dia tengah asah skill berdiri. 
sambil paut kerusi atau meja kecik.. dia dah mula atur langkah.
agaknya nak berusaha pandai jalan jugak sebelum raya ini. nanti boleh kutip duit raya laju-laju.
bravo anak mak!!!! 
eheh...




happy ramadhan semua.

yang benar;
Imam Muda Deedat.

Monday, August 1, 2011

currently deactivated... dot dot dot

petikan sembang kosong ayah & mama Deedat weekend lepas.


ayah Deedat  :  bila la awak nak transfer shah alam kan. nanti boleh jumpa hari-hari.

mama Deedat  :  tak nak minta transfer. nak berhenti kerja terus.

(boleh??)

ayah Deedat   :  tak boleh! nanti awak gemuk kalau tak kerja.

(haish!)

budak kecik gigi dua


p/s: yup. akaun pesbuk mama Deedat dah officially deactivated. jangan tanya kenapa.
mak tak layan dah laman-laman sosial nih. haha...
kalau nak tahu perkembangan Deedat rajin-rajin la jenguk sini.
insyaAllah kalau ada masa lapang akan di hapdet selalu.