Friday, July 29, 2011

Ramadhan datang lagi

minggu depan puasa Ramadhan.
harap-harap Ramadhan tahun ini akan lebih baik dari yang tahun sudah.

okay... sempena Ramadhan yang bakal menjelma ini.

Kami sekeluarga nak minta maaf dekat SEMUA ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan, cikgu-cikgu, rakan sekerja, jiran tetangga dan mana-mana umat Islam yang telah disakiti, dimarahi, dimaki, dicela, dikutuk, diumpat, diambil hak dan semua yang tak patut la 
samaada secara sengaja atau tidak... 
secara lisan, tulisan, perbuatan, niat, terang-terangan, sembunyi-sembunyi, dalam hati, atau mana-mana yang tidak disenaraikan di atas.


dari hati tulus ikhlas kami bertiga. 

Maaf tau... 

mari kita bina hidup baru.

semoga Ramadhan kali ini akan lebih bererti. amiin...

Selamat Berpuasa dan berpesta Ibadah.

yang benar;
Deedat, mama dah ayah.













tahun ini simpan azam untuk hafal sekurang-kurangnya satu doa untuk setiap hari. 
bukan tahun baru saja patut simpan azam tau.
maknanya 1 Syawal nanti akan beraya dengan 30 doa di dada. chewah! InsyaALLAH....
doa ringkas pendek pun okay. tapi harap sangat akan istiqamah & bukan hangat-hangat chicken shit.

nampak sangat la mama Deedat ni tak rajin berdoa selalu kan. Doa bahasa arab memang fail sikit. selalu doa bahasa melayu sajo... itu pun yang simple-simple. haish!

Wednesday, July 27, 2011

the perfect weekend #2

sabtu lepas ayah bawa saya dan mama dan auntie Lila pegi rumah auntie chantik sebab pakcik Syukri nak tunang dengan auntie chantik... weee...

sampai Klang kami lepak-lepak kat Bukit Raja sambil tunggu rombongan meminang untuk konvoi beramai-ramai....

sempat juga la main tangkap2 gambar dengan uncle Pop & ayah.


my uncle Pop


ayah cakap muka saya sangat nakal dalam gambar ni...

haaa... ini la auntie chantik saya tu...


auntie Thirah.. =)


nervous ke uncle Syuk??? tu belum proses nikah lagi tu... kang jadi macam ayah saya terlebih konfiden, imam suruh ngucap syahadah ayah pegi baca doa lepas wuduk... hik hik hik... 

gambar wajib.. eh mama ni... orang lain yang tunang, mama pula yang eksaited lebih...

sweet kan kawan-kawan.... heee...

lega ye uncle Syuk?? dah selesai...

ayah, saya dan uncle Pop lagi.


ayah, mama suruh bersenam...

mama, saya dan auntie Lila.

eh mana auntie Thirah tadi?? nak tangkap gambar dengan dia la... bukan dengan uncle Syuk...

peeewiiit.... alaa mama ni... kenapa snap gambar time Deedat tak sedia lagi....

esoknya kami nak balik Melaka dah...

nak pegi hantar auntie Lila pegi stesen bas Shah Alam.

sebelum tu pegi jumpa auntie Veron dulu... lamanya tak jumpa...

tak lama lagi saya dapat kawan baru... take care ye auntie Veron... :)

sementara tunggu mama borak lama dengan auntie Veron, ayah ajak saya cuci mata...

penat sangat... siapa laa snap gambar saya tengah tido nih...

bangun2 aje... tanya auntie Lila kami kat mana dah...

ooo... kat Masjid Negeri...

patut la ramai orang tengah solat...

lepas hantar auntie Lila... kami mula gerak balik ke Melaka.

ayah.. minggu depan kita pegi mana-mana tak?


 






educating Deedat

Deedat dalam proses untuk melupakan baby.tv for the time being and hopefully forever.
sebab ayah dia dah keluar perintah untuk say no to tiwi for Ahmad Deedat.
puas juga la mama kena lecture dengan ayah Deedat sepanjang weekend lepas sebab Deedat dah nampak sangat attached dengan tiwi especially baby.tv dia tu. kalau orang tengah tengok tiwi boleh dia merengek lepas tu kalau tukar baby.tv teruih dia ceria. haiyooo... awak tu baru 7 bulan Deedat...

tekun

macam-macam gaya dia buat

rentetan dari peristiwa itu, kami mengambil langkah drastik. drastik sangat la... huhu...
ayah Deedat berkali-kali juga la ingatkan mama supaya JANGAN BAGI DEEDAT TENGOK TIWI sepanjang ketiadaan beliau nanti.
Tengok tu Deedat... awak yang nak tengok mama yang kena bebel.
mama Deedat ada juga minta sikit kelonggaran nak bagi Deedat tengok tiwi barang sejam dua untuk sehari. iya la... ingat senang kah nak jaga anak sorang2? nak tinggal anak sekejap nak ke dapur atau nak ke tandas pun susah tahu? sebab tu mama bagi tengok tiwi nak bagi Deedat leka kejap.

bukan mama tak setuju arahan veto ayah kamu tu Deedat... tapi sebenarnya nangis hati mak nih tau bila apa yang anak suka kita tak boleh bagi. tapi pikir2 balik... nak ajar anak bukan senang. mak pikir masa depan kamu juga nak oi...
someday you will thank your ayah and your mama kalau plan kali ni berjaya. InsyaAllah...

balik dari shah alam ahad lepas, terus ayah ajak kami menyopping buku-buku Deedat.
dulu kemain kedekut ayah nak beli barang Deedat. kali ini kau tunjuk saja apa yang berkenan... laju aje ayah angguk.. mak suka! mak suka!
tak la banyak mana kami shopping ada la beberapa helai poster, flash card 2 set, & some books.

sampai rumah terus ayah bacakan Deedat buku yang dibeli.
mula-mula Deedat pandang-pandang tiwi sambil buat muka berharap ayah akan buka tiwi. tapi lama-lama dia leka main buku.
Yes... memang agak time-consuming sikit kekdah ini nak bagi anak leka. tidak sesenang macam membiarkan anak seronok menengok tiwi.
Lepas layan anak, rajin aje ayah Deedat tolong mama masak, bersihkan kipas yang berhabuk tebal, sidai kain...
baru rasa sikit suami ai romentik. haa... nora elena, kamu pun kalah tahu. ha ha ha
mama Deedat senyum sampai telinga.
tapi ingat, lepas ni tak boleh dah guna alasan penat buat kerja rumah sampai tiada masa layan anak lebih sikit.

kawasan bermain Deedat sudah dipindahkan ke dalam bilik. far far away from the idiot box!
for the time being mama dah set up kan ruang melepak Deedat untuk sementara waktu.

Deedat's wonderland

semalam lepas balik dari rumah pengasuh teruih bawa masuk bilik. terpinga-pinga dia kejap cari tiwi. beberapa saat lepas tu dia redho. lepas tu leka main sendiri.
lepas Isyak tak macam selalu, Deedat tidur nyenyak sampai ke pagi.

Alhamdulillah...

Monday, July 25, 2011

don't mess with a baby!! =)

semalam Ahmad Deedat genap 7 bulan.

hai semua....

apa skills baru awak, Deedat?



1. Merangkak - CHECKED!


makin laju dia merangkak sekarang ni. 
nak pergi dapur sekejap pun kena lari-lari, walhal rumah kecik saja. 
budak kecit ni kalau tinggal kejap tup-tup dah sampai depan pintu rumah. port paling dia suka.


ntah apa la maksud tersirat dia, mak pun tak tahu. nak ajak berjalan kot.
tak pun nak lari dari rumah. haha.. 


2. MemakanCHECKED!

Deedat mula makan solid food masa masuk 6 bulan hari tu. sejak dia dah pandai makan ni... makin awal emak dia bangun pepagi buta nak masak bekal untuk dibawa ke pengasuh. 
output dia jangan cerita. colorful and wonderfully smellful. keh keh keh....

Deedat memang pantang disua... laju aje nganga. 
ayah dia sua remote astro pun laju-laju dia nganga. haish!



tengok tu... kemain 'berlagak' lagi muka fes taim dapat makan. 
bak kata ayah dia, "Deedat, kita dah sama level"! 



3. Menduduk sendiri - CHECKED!


Deedat sedang berusaha keras duduk sendiri buat masa ni. 
kadang-kadang berjaya. 
lepas tu terhuyung hayang. 
lepas tu debushhh!!!



4. MemanjatCHECKED!

kalau tengah duduk ngadap laptop, Deedat suka benor merangkak arah mak dia lepas tu memanjat belakang mak dia. nak berdiri sendiri kunun nya. 
kadang-kadang dok khusyuk ngadap laptop, tau-tau je ada budak kecik kuit-kuit kita dari belakang. Deedat... Deedat...   



5. Mengigi - CHECKED!




part paling scary buat mak Deedat. lagi-lagi time Deedat nak nenen... 
kalau tak lapar sangat memang nak mengasah gigi aje kerja dia.
siap main sentap-sentap lagi! 
tu baru dua batang bahagian bawah. fuh!! 
ada orang bagi petua.. kalau dia gigit sembam sikit muka dia sampai susah nak bernafas. nak bagi dia serik la kunun nya. 
tapi Deedat makin suka ada la...  gelak-gelak lepas tu gigit makin kuat lagi. nak suruh mak dia sembam lagi la tu!

anakku... mama bukan ajak awak main la... 
nak bagi awak pengajaran sikit. haish!

paling haru kalau bagi susu lambat sikit.. bila dia geram kemain dia menggigit bila dah dapat... ghhrrr....

Wednesday, July 13, 2011

usaha tangga kejayaan

dalam banyak-banyak skills... masa awal-awal belajar biasanya Deedat akan nanges kalau tak berjaya buat.
contohnya, masa mula belajar meniarap dulu.


tapi lama-lama Deedat tak nanges dah.
kalau tak berjaya dia cuba dan cuba dan cuba lagi sampai dapat.



okay Deedat... back to you...


one... 


two...


three...


ACTION!



Assalamualaikum & gud moning semua...
hari ini Deedat nak tunjuk cara Deedat 
mula belajar merangkak dulu...



kita mula dengan Bismillah ye kawan-kawan.



mula-mula angkat badan ke atas secara perlahan-lahan.



debush! adoi!


takpa... kita cuba lagi... kali ni angkat tinggi sikit ya kawan-kawan...


debush!! 


angkat dan angkat lagi...


debush!!

penat la mama...


kita rehat dulu la!!!




eh rancangan kesukaan saya la... 


nanti kita sambung lagi okeh!



tata... ingat, usaha itu tangga kejayaan.

Tuesday, July 12, 2011

catatan kehamilan #3

FRENLY REMINDER: catatan kehamilan adalah catatan about my own previous experienced untuk dikongsi bersama. sila rujuk dengan yang lebih pakar as i will not responsible for any harm caused by this entry. mekasih.


orang kata time peknen molek sangat la kalau rajin mengaji. bukan bermakna kalau tak peknen malas mengaji tau. kalau boleh selama-lamanya rajin mengaji.

dulu, masa peknenkan Deedat, slalu jadikan rutin masuk opis pagi-pagi letak headfon atas perut pasang ayat Quran especially recitation by Mishary.

magrib2...time duduk sensorang di rumah pasang kuat-kuat astro oasis. bukan apa.. kadang-kadang mak Deedat ni penakot juga bila tiada kawan.

kalau tak boleh tidur memalam, on laptop pasang ayat Quran lagi. sampai subuh.

nak harapkan ngaji tiap hari terus terang mak Deedat memang liat skit.

ayah Deedat cakap "takpe kalau tak khatam masa 9 bulan ni tapi download la satu kitab bagi baby dengar."
tapi ada juga yang tak sempat dikhatamkan.
mungkin bakal adik Deedat nanti akan diusahakan. heee...    



pagi masa lepak ward hospital sementara tunggu mama siap nak bawa balik rumah sehari lepas Deedat lahir, ayah Deedat pangku Deedat sambil baca surah Yaasin. Ayah deedat kata tiba-tiba baby Deedat nangis sedu-sedu masa baca part siksaan tu. (buku Yaasin tu kan ada translate melayu... harus la Ayah Deedat terperasan.. hehe)...

semalam masa ambik Deedat dari rumah pengasuh macam biasa tanya kalau-kalau Deedat ada meragam ke tidak. Mak Cik Bedah cakap elok je perangainya.
"Tadi masa dengar orang mengaji & azan, senyap je Deedat macam paham." katanya.




rutin bila dah ada Deedat...

balik kerja bukak tiwi.
dekat-dekat maghrib tukar cenel astro oasis.


kalau tengah nanges kompom Deedat senyap.


lentok atas bantal ngadap tiwi.

tekun menghayati sambil mata semakin kuyu


tau-tau saja sudah lelap..


pesen mulut mahal nih... only when Deedat's sleeping... hehe

  
macam-macam gaya anak mak nih... mana-mana la nak...