Wednesday, June 29, 2011

catatan kehamilan #1

FRENLY REMINDER: catatan kehamilan adalah catatan about my own previous experienced untuk dikongsi bersama. sila rujuk dengan yang lebih pakar as i will not responsible for any harm caused by this entry. mekasih.


Dulu masa mula-mula pregnant sebenarnya ada juga rasa takut bila pikir azab sakit yang akan ditanggung masa nak bersalin nanti.
bila tanya kawan yang ada pengalaman, rata2 cakap memang sakit yang bila imejin rasa sakit tu..ngilu satu badan. haaa itu baru dengar cerita pengalaman orang.
sakit contraction la... sakit kena jahit tuuttt la... sakit teran la...sakit itu la.. sakit ini la...
ngeri dowh!

sebab takut yang amat... dan atas nasihat encek suami... kami mula saving sikit-sikit sebab nekad mahu bersalin di hospital swasta. bukan apa... hospital kerajaan.. kau tahu sajalah...

one day... masa telefon atok sabah Deedat, i thought yang beliau perlu duit sebab perlu jumpa pakar for his advanced treatment nanti. as i can't be there to teman bapak pegi hospital, i decided to gave some of the money yang kami save untuk bersalin di hospital swasta nanti.
honestly, saya nangis bila kira-kira balik yang ada possibility akan terpaksa lupakan niat bersalin di hospital swasta nanti sebab duit dah tak cukup for that purpose.
bukan nangis sebab menyesal bagi duit tu kat bapak ai.. tak ikhlas namanya tu.
tapi nangis sebab kena bersalin di hospital gomen nanti. dah terbayang-bayang sakit kena jahit tak bius lepas tu kena tengking-tengking dengan nurse sebab mengada tak tahan sakit.
dalam hati cakap
"biar la berkorban sikit untuk orang tua. kalau azab masa bersalin nanti tahan saja la..."

few weeks lepas tu... jumpa sorang kawan ni masa attend mesyuarat kat putrajaya. kebetulan sama-sama tengah sarat. tengah meeting pun sebok borak pasal baby. haha.
she did told me her wonderful previous experienced masa bersalin kat hospital GOMEN!
kebetulan pula hospital yang kami dah plan untuk bersalin nanti!
masa encik Imran datang jemput petang tu terus bagitau dia dah bulat hati nak bersalin di hospital Segamat nanti. semua appointment dengan doktor di hospital pantai ayer keroh kami kensel on the dot.

Alhamdulillah... proses bersalin di hospital gomen agak senang. masa cek in terus dapat bilik first class. layanan nurse pun okeh sangat. tak tau la plak kalau sebab kami dapat bilik first klas tu.

mild contraction agak lama. tapi tak kisah la. sebab kalau takda contraction mesti macam tak ready nak bersalin.

adegan labour room tak ambik masa lama sangat. yang penting encik Imran sempat masuk sekali.

proses meneran dua kali sahaja. yang first berhenti tengah jalan sebab tetiba contraction hilang.

and here come the most probably scariest part... masa proses nak jahit menjahit tu...

they gave me the bius walaupun tak minta. mesti diorang saspek aku tak tahan sakit kan....
so selamat la adegan tukang jahit kena tendang. haha... sambil jahit boleh berborak dengan aman lagi.

keluar dari labour room sambung borak dengan encik Imran dalam wad. syok dah dapat anak.

come to think of it...
bersalin di hospital gomen tidaklah scary sangat. mungkin ikut rezki masing-masing kan.
as if... kalau berkeras juga nak bersalin di hospital swasta hari tu... i might not experienced a smooth sailing on that day. mungkin terpaksa kena operate. dan bayangkan berapa ribu akan terbang. bak kata orang tu.. hospital bisnes... mau untung sajaa....

cost of labour : FREE!
selamat poket mak pak Deedat... hehe...

Alhamdulillah DIA permudahkan segalanya.
yang penting bak kata orang...
nak bersalin pegi minta maaf dan minta keredhaan dari semua orang dulu. especially suami dan mak bapak anda. insyaAllah... insyaAllah... (nyanyi macam lagu maher zain).

bersambung....

 
Comments
0 Comments

0 kawan-kawan menyuarakan pendapat:

Post a Comment

sila tinggalkan komen selepas beep.




BEEEPPP!!!!