Wednesday, June 29, 2011

catatan kehamilan #1

FRENLY REMINDER: catatan kehamilan adalah catatan about my own previous experienced untuk dikongsi bersama. sila rujuk dengan yang lebih pakar as i will not responsible for any harm caused by this entry. mekasih.


Dulu masa mula-mula pregnant sebenarnya ada juga rasa takut bila pikir azab sakit yang akan ditanggung masa nak bersalin nanti.
bila tanya kawan yang ada pengalaman, rata2 cakap memang sakit yang bila imejin rasa sakit tu..ngilu satu badan. haaa itu baru dengar cerita pengalaman orang.
sakit contraction la... sakit kena jahit tuuttt la... sakit teran la...sakit itu la.. sakit ini la...
ngeri dowh!

sebab takut yang amat... dan atas nasihat encek suami... kami mula saving sikit-sikit sebab nekad mahu bersalin di hospital swasta. bukan apa... hospital kerajaan.. kau tahu sajalah...

one day... masa telefon atok sabah Deedat, i thought yang beliau perlu duit sebab perlu jumpa pakar for his advanced treatment nanti. as i can't be there to teman bapak pegi hospital, i decided to gave some of the money yang kami save untuk bersalin di hospital swasta nanti.
honestly, saya nangis bila kira-kira balik yang ada possibility akan terpaksa lupakan niat bersalin di hospital swasta nanti sebab duit dah tak cukup for that purpose.
bukan nangis sebab menyesal bagi duit tu kat bapak ai.. tak ikhlas namanya tu.
tapi nangis sebab kena bersalin di hospital gomen nanti. dah terbayang-bayang sakit kena jahit tak bius lepas tu kena tengking-tengking dengan nurse sebab mengada tak tahan sakit.
dalam hati cakap
"biar la berkorban sikit untuk orang tua. kalau azab masa bersalin nanti tahan saja la..."

few weeks lepas tu... jumpa sorang kawan ni masa attend mesyuarat kat putrajaya. kebetulan sama-sama tengah sarat. tengah meeting pun sebok borak pasal baby. haha.
she did told me her wonderful previous experienced masa bersalin kat hospital GOMEN!
kebetulan pula hospital yang kami dah plan untuk bersalin nanti!
masa encik Imran datang jemput petang tu terus bagitau dia dah bulat hati nak bersalin di hospital Segamat nanti. semua appointment dengan doktor di hospital pantai ayer keroh kami kensel on the dot.

Alhamdulillah... proses bersalin di hospital gomen agak senang. masa cek in terus dapat bilik first class. layanan nurse pun okeh sangat. tak tau la plak kalau sebab kami dapat bilik first klas tu.

mild contraction agak lama. tapi tak kisah la. sebab kalau takda contraction mesti macam tak ready nak bersalin.

adegan labour room tak ambik masa lama sangat. yang penting encik Imran sempat masuk sekali.

proses meneran dua kali sahaja. yang first berhenti tengah jalan sebab tetiba contraction hilang.

and here come the most probably scariest part... masa proses nak jahit menjahit tu...

they gave me the bius walaupun tak minta. mesti diorang saspek aku tak tahan sakit kan....
so selamat la adegan tukang jahit kena tendang. haha... sambil jahit boleh berborak dengan aman lagi.

keluar dari labour room sambung borak dengan encik Imran dalam wad. syok dah dapat anak.

come to think of it...
bersalin di hospital gomen tidaklah scary sangat. mungkin ikut rezki masing-masing kan.
as if... kalau berkeras juga nak bersalin di hospital swasta hari tu... i might not experienced a smooth sailing on that day. mungkin terpaksa kena operate. dan bayangkan berapa ribu akan terbang. bak kata orang tu.. hospital bisnes... mau untung sajaa....

cost of labour : FREE!
selamat poket mak pak Deedat... hehe...

Alhamdulillah DIA permudahkan segalanya.
yang penting bak kata orang...
nak bersalin pegi minta maaf dan minta keredhaan dari semua orang dulu. especially suami dan mak bapak anda. insyaAllah... insyaAllah... (nyanyi macam lagu maher zain).

bersambung....

 

Monday, June 27, 2011

psychomotor skills

syok tengok budak kecil membesar depan mata. lagi-lagi kalau ada skill baru yang dia boleh buat.


masa Deedat mula-mula meniarap dulu kemain eksaited mak pak dia.



bila Deedat dah pandai merangkak, bersorak sakan mak pak dia.




tapi bila Deedat dah mula pandai buat skill ni... 


menjerit mak pak dia.


bukan apa... 


mak pak kau belum ready lagi la Deedat...





phewwhh!

Friday, June 24, 2011

half-year-young

Ahmad Deedat genap setengah tahun hari ini...
shaaaaayang dia!

ni antara peristiwa hari bersejarah hari tu. 
enam bulan lepas. 
gigih mak dia nak rakam si kicik ni masa nurse bawa dia masuk labour room sementara tunggu proses jahit menjahit.
nasib baik la terbawak henfon masa dah masuk labour room.

presenting to you... 

our Ahmad Deedat... 

fresh from oven... =)


video

 =)



Thursday, June 23, 2011

bateri kong

video

Deedat : saya mengantuk sangat dah ni tapi sebelum tidur, saya nak ucapkan selamat malam buat semua...mama... sebelum tidur nanti jangan lupa tutup lampu... tutup suis tiwi sekali... bil letrik dah naik tu... esok kita sambung main okey... eh mainan deedat tolong kemas sekali yee... beg sekolah deedat dah kemas belum... nanti esok kalau bangun lambat nanti mama kelam kabut... nanti tinggal lagi bantal busyuk deedat macam hari tu... mama... ingat tau... Zzzzzz....

Wednesday, June 22, 2011

bye bye blog

sekarang dah tak boleh tulis blog dengan aman.
ada orang tu dah sedar kegiatan kami.
dulu dia surf internet masuk forum harimau malaya sesaja...
sekarang dah rajin pantau kegiatan anak bini dia kat internet..
nanti kalau ada yang tak kena jenuh mak deedat ni nak menjawab.

balik nanti nak buat mesyuarat tergempar dengan Deedat. 
sama ada nak stop atau teruskan kegiatan atau cari url baru. 
takpun kita tunggu tempoh bertenang sampai orang tu dah lupa leka berforum kat harimau malaya balik.
 
haish....


Deedat... buat muka kantoi sikit..

ERKKK....

Monday, June 20, 2011

Happy Ayah's Day



on December 24th, 2010...
he was a new ayah in the house


my first bottle training was with ayah..


i sleep very well in ayah's armpit

we watched football games every single night

we're even on the same team! 



ayah is my best companion to play with. he even let me play with his face.



we play till we get exhausted.


they said that i look just like ayah... aren't we?


someday we will be the same height though...



ayah... terima kasih sebab tukarkan pampers saya...

ayah saaaayang Deedat. eh... Deedat saaaaayang ayah...


Happy Ayah's Day to my coolest ayah in the world. 

and to atok sabah and atok segamat also.

muah2!

Friday, June 17, 2011

nora elena

sumber: gugel imej
akhirnya berakhir juga cerita nora elena yang tengah hot kat tv3 tu semalam. saya tak follow cerita tu okeh. tapi saya agak tertarik kenapa ramai orang tergila-gila dengan cerita tu. best sangat ke?

tapi lepas baca surat bantahan kak nowa tu baru saya paham sikit-sikit kenapa.
buat kak nowa... saya setuju sangat dengan surat ahkak tu...

in my humble opinion.. sebagai orang yang dalam menempuh alam kawen ni. and a little bit of my own experience la kan...
saya percaya tiada dah kot suami yang seromentik seth tan tu... kalau ada pun boleh kira sambil tutup mata.

setelah sedekad kami kenal dan dua tahun duduk sebumbung baru keluar tembelang masing-masing... kadang-kadang ada juga peel masing-masing yang masing-masing tak berkenan pada mulanya.

contohnya perangai ayah Deedat yang suka tinggalkan gelas/cawan kosong dalam petiais selepas minum. kadang-kadang habis semua gelas kat dapur dok berkampung dalam petiais.

kalau banding zaman berchenta dulu kemain lagi skill memujuk dia. padahal merajuk sebab benda-benda kecik je pon. ada orang tu kan... siap nyanyi-nyanyi lagi time nak memujuk. mana tak cairr...
tapi bila dah kawen... kau merajuk la senyap2... dia buat-buat tak perasan je...

mungkin lepas kawen ni... benda-benda kecik yang mungkin buat kita rasa annoying pada mulanya kadang-kadang akan ter imun sendiri
contohnya... dulu selalu ngomel sebab gelas kat rak ghaib tapi sekarang diriku sendiri suka tinggal gelas dalam petiais.

tapi saya pasrah beb... walaupun suami ai tu tak seromentik seth tan dalam cerita nora elena tu, tapi saya syukur sangat sebab beliau bukan jenis kaki pukul mahupun kaki perempuan.. kaki beliau memang kaki lelaki yuuu... banyak bulu lagi... har har har.... ampun bang...

yang sebenarnya kita kena tengok diri sendiri juga sebab ada perangai kita yang suami dok ngomel tapi susah nak tukar dan akhirnya suami akur terima perangai kita dengan seadanya. contohnya...





haaa jangan harap la aku nak cerita sini. haha

bai.

Thursday, June 16, 2011

how i met your father

back in 2001.
ini cerita zaman muda remaja dolu-dolu... masa zaman diploma mekanikal uitm...
ayah Deedat masa itu part 3 mama Deedat pula part 2. dua-dua jumpa masa join engineering carnival a.k.a. induction budak-budak part 1.

ayah Deedat jenis ngorat takut perempuan. maksudnya bukan jenis muka tak malu-malu kucing. ngorat pun guna orang tengah. badan je tinggi tapi segan dengan perempuan.. haha. eh ada kena mengena?

masa aktiviti sukaneka ayah Deedat minta tolong mama Deedat pegangkan wallet dan kunci dia sebab nak join tarik tali. mama Deedat pelik sebab ada mamat tak kenal suruh pegangkan wallet dia. nasib baik saya jenis amanah tau. kalau tak... haha...
masa rehat-rehat tepi padang ayah Deedat ajak borak tapi tak kena layan. Mana la nak perasan kan... awak tu dah la duduk belakang.. cakap penuh tatabahasa bersopan santun... lepas tu termalu sendiri sebab tak kena layan...(ni ayah Deedat ysng cakap beberapa bulan lepas kejadian). ha ha ha..
last day engineering carnival tu ayah Deedat minta nombor telepon. Dia cakap nanti senang nak contact sebab nak bagi buku dan nota-nota sem lepas.

16 jun 2001 ayah Deedat ajak keluar ramai-ramai sebab nak pegi mandi air terjun kat Templer's Park. Sebab bosan dan tiada aktiviti di hostel, mama Deedat setuju aje. (yang sebenarnya pantang diajak berjalan. hehe).
rupanya dia ajak sebab nekad nak ngorat mama Deedat. tapi kawan dia yang puas pujuk supaya terima ayah Deedat tu. Pakcik Deedat tu siap paksa mama Deedat cakap ya sebab ayah Deedat takmau mandi selagi tak ada kata putus.
bila mama Deedat cakap

"Kita kan kawan... kita kawan je la dulu...."

alasan dia senang je

"Nanti kalau dah kawan susah nak tukar lagi serius"

Pakcik Deedat tu pulak asyik jek2 sebab hari dah petang.
bila cakap ok. terus ayah Deedat terjun sungai. haishhh....
balik petang tu mama Deedat blur-blur...
sebab tak tahu nama betul ayah Deedat tu siapa... tapi akhirnya beberapa hari tu tau jugak sebab masa ayah Deedat telefon... selamba mama Deedat tanya

"nama betul awak siapa?"

tu la.. lain kali nak ngurat. bagi tau nama siap-siap. hehe..


eh.. dah seploh tahun kita kenal kan bang. =)

sepuluh tahun kenal. dua tahun lebih sebumbung. ni hasilnya...

si domok yang kuat tidur

Friday, June 10, 2011

maafkan mama, Deedat

semalam Deedat meragam tak mahu tidur.
mama panik sebab esok kerja. jam menunjukkan pukul satu pagi.
mama pujuk Deedat bagi susu sambil tepuk-tepuk bontot... Deedat makin galak menggelupur atas tilam.
mama pujuk bawa Deedat ke ruang tamu. senyap.
Deedat nak tengok tiwi. ini tak boleh jadi. mama off tiwi. bawa Deedat masuk bilik.
Deedat meraung lagi. menggelupur atas tilam. gigih dia protes tak mahu tidur.
mama angkat pujuk lagi. tapi no tiwi... melentur buluh biar dari rebungnya kan??
Deedat meraung lagi. mama hilang sabar. akhirnya keluar ayat marah sambil cubit peha dia. (dalam hati saya nangis hokey)... tapi sebab nak didik anak kononnya.
raungan Deedat makin kurang. lepas kena marah boleh dia gelak. mesti Deedat ingat mama dia tengah agah. hadoi...  

dalam hati sempat ngomel. kalau ayah Deedat ngelat nak tolong basuh berak Deedat lepas ni nak ungkit susah payah nak tidurkan si kecik ni sorang-sorang. haha. keji kan?

ikhtiar terakhir...
download ayat ruqyah yang kawan hantar kat emel itu hari. pasang kuat-kuat. Cuba pujuk lagi bagi susu. beberapa saat lepas tu Deedat terlelap. berjaya! alhamdulillah...

sebelum ni pun pernah guna ayat ni masa Deedat kecik2 dulu (macam la Deedat tu dah besar sangat kan?)... alhamdulillah memang berkesan. sebab lama dah tak amal terus lupa.

siapa nak ayat tu meh saya forward kat emel. sharing is caring...

sorry Deedat... muah2!

Thursday, June 9, 2011

on approaching 6

our little Ahmad Deedat sudah 5 bulan lebih... lagi lebih kurang 2 minggu masuk fasa mamam solid food... emak dia pulak yang panik. Cepat betul masa berlalu...
fasa 6 bulan pertama sungguh goyang tangan goyang kaki hureyy hureyy... sebab  our little Deedat is an exclusively breastfed baby. meaning, selama ini mama dia yang jadi tank susu (bak kata ayah dia). Sebab tu kot kalau Deedat mula meragam... bila bagi dekat dengan emak dia, otomatik tenang si kecik tu. alaa macam kita-kita yang sudah besar ni la kan... bila dekat dengan makanan terus rasa happy macam dapat happy meal.

kalau angin mood Deedat bertiup sepoi-sepoi bahasa... senang je nak entertain budak kecik ni. tak payah totoy mahal-mahal... contohnya guna muka sendiri pun boleh... pandai-pandai la edjas muka bagi nampak macam badut sikit kompom dia gelak tak hengat dunia.

kadang-kadang Deedat suka layan diri sendiri kalau semua orang sibuk tak dapat nak layan Deedat...
usually, Deedat suka babbling @ 'bebel'ing atau main sembur-sembur sambil testing pitching suara dia...
one day... Deedat tertangkap tengah syok main sembur-sembur. ni yang sempat mama snap. kemain gigih dia main... syok tahap maksima pula tu... haishhh...

  
euwww deedat...
siapa ada tips untuk first solid food for baby, moh la sharing2... thanks! =)

Monday, June 6, 2011

dua kali lima

lepas print gambar passport ayah Deedat, belek-belek kertas glossy ada space lagi.
adjust2 gambar nak bagi muat. 



ayah Deedat : eh tak siap lagi? nak simpan printer tu dalam kereta malam ni siap-siap. esok senang nak bertolak terus.

mama Deedat : okay. kejap lagi. sayang la kertas ni ada space lagi.

ayah Deedat : nak print gambar Deedat la tu. (sambil mulut menjuih comel. haha)

mama Deedat : nak letak dalam purse la.. 

*lima minit kendian...

mama Deedat : awak nak skali tak?   

ayah Deedat : NAK! NAK!   

*sigh...

lepas print & potong gambar bagi muat size dompet.

mama Deedat : lorr... wallet awak ada satu tempat je letak gambar. gambar kawen ni nak letak mana?
 
ayah Deedat : letak je gambar Deedat atas gambar lama tu. 

mama Deedat : yela2

mama Deedat : tapi nanti kalau awak rindu saya, awak tarik je gambar Deedat ni ye..
 

lepas tu dua-dua gelak... Deedat pandang mak ayah dia. konpius.

Friday, June 3, 2011

anak ayah

ayah... bila nak mandi laut plak ni?

dulu, tiap kali weekend ayah Deedat suka lepak rumah sesaja... kalau keluar rumah pun pegi ke maidin beli barang dapur.

sekarang, tak ajak pun rajin je ayah bawak jalan-jalan ke pantai. Lepas singgah beli the femes klebang kokonat shek... ajak lepak tepi pantai.

Minggu lepas... ayah Deedat cakap... "kan best kalau ada tikar nak buat alas duduk..."
lepas tu tengok ramai orang main layang-layang, teringin nak beli jugak...
lepas tu ayah Deedat kata... "kalau dah beli terpaksa la datang sini main selalu..."
lepas tu ayah Deedat sambung lagi... "nanti Deedat dah besar sikit syok la boleh main sama-sama."

mama Deedat lompat-lompat suka dalam hati.

Wednesday, June 1, 2011

anak omak

Macam-macam pe'el budak kecik tengah membesar yang selalu mensepraiskan kita kan?
Deedat paling suka teman omak dia buat kerja rumah... 
Contohnya kalau tengah masak kat dapur, Deedat start meraung je mesti ayah dia cepat-cepat bawak pegi dapur. Secara otomatik Deedat akan berhenti nanes... lepas tu tekun tengok omak dia buat kerja.
Kalau omak tengah lipat baju Deedat suka tarik-tarik kain... kalau susun baju dah lipat tepi kaki dia lagi laa.. habis kena sepak terajang kaki si kecik tu. Lepas tu buleh dia gelak-gelak suka buat muka tak bersalah... Kadang-kadang omak dia naik geram. Budak kecik ni nak kena hukum nih....     




mula-mula buat muka terkejut

lepas tu buat muka redho

haaa... ambik kau... main sembur-sembur pulak..

OK mama... lepas ni tak kacau dah...