Wednesday, December 28, 2011

Ahmad Deedat setahun tiga hari

Progress Deedat mengatur langkah masih mod pause lagi.
semalam dia mula mengatur langkah lepas demam itu hari.
satu langkah lepas tu jatuh tersembam atas lantai.
lepas tu gelak-gelak happy.

walaupun bagi sesetengah orang dia agak lambat berjalan...
mama tak kisah pun.... 
take time syayang... mama pun sebenarnya belum bersedia nak kejar awak lagi... 
walaupun bagi sesetengah orang dia agak lambat bercakap... 
i think he'd progressed a lot. 
sekarang sudah pandai make a conversation... dalam bahasa dia la.
bila kita cakap dia senyap. then bila kita abis cakap dia respond.
again, dalam bahasa dia la...

kadang-kadang panjang pula bebel dia.
lagi panjang dia bebel lagi lebar senyuman mama & ayah dia.
syiok tahu dengar budak kecik bebel-bebel! 

semalam bawa Deedat pegi klinik.
cucuk setahun & check progress dia.
alhamdulillah lepas injek dia nanes kejap saja.
walaupun tahap cuak dia masa menunggu tu nampak sangat.
hahaha... gelak kuat mama dalam hati tengok Deedat cuak tak tentu pasal.
tau-tau aje dia nak kena injit. haha...
lepas timbang ukur bagai... mama saja umpan bagi nenen nak tenangkan dia.
and as usual he never refuse. tapi sambil srot-srot.. mata tajam tenung misi tengah siapkan jarum. hehe...
Deedat... Deedat....

growth chart dia kali ni kureng cantik skit.
sebab berat tak naik banyak.
tak pasal-pasal kena datang check lagi sebulan.
nasib baik la misi-misi klenet sini baik-baik belaka. cakap pun elok ja.
lepas ni kena paksa Deedat makan banyak skit.

tapi yang paling syiok, lepas balik dari klinik Deedat makin aktif main.
emak dia pula, terus pengsan qadha tidur penangan Deedat tidur pukul 3 pagi malam sebelumnya.
macam tu la bila ayah dia ada di rumah.
kemain gigih dia tahan tidur nak ajak main.
bila mama ayah tutup lampu buat-buat tidur dia baring sekali tapi mulut bebel-bebel lepas tu angkat kaki tinggi-tinggi lepas tu hempas kaki atas tilam.
sampai mama & ayah gelak-gelak bila dah tak tahan.
lepas tu dia gelak kuat sekali. bangun ajak main semula.
haaa... macmana tu... esok pagi kompom mak ayah kamu tersengguk-sengguk kat opis nak oi...

lepas balik dari injit 6 bulan dulu. zaman Deedat membesar bagai juara.
berat sekarang tak banyak beza pun dengan gambar ni.

alhamdulillah dia tak demam.
syukur sangat-sangat.

seminggu sebelum cukup setahun haritu Deedat demam panas.
tiga hari yang agak menyeksakan.
sesak nyawa bila anak demam weyh...
tu kali kedua dia demam tahun ni lepas demam sehari masa balik kampung atok sabah dulu.

rupanya this time dia demam sebab gigi nak tumbuh.
semalam baru perasan ada gigi belah bawah nak keluar masa dia jerit time kena injek.
hehe...


Saturday, December 24, 2011

satu tahun


hari ini umur dia genap setahun...

hari ini juga mama & ayah dia genap setahun jadi parents.

hari ini juga atok & nenek sabah genap setahun pegang title grandpa & grandma.

begitu juga uncle abik and the makciks.




Ahmad Deedat... 

may all the happiness be with you.


selamat hari lahir dear son.



love: mama & ayah awak.

Ahmad Deedat, fresh from oven.

Thursday, December 15, 2011

jangan bersedih


when things get tough... when the world seems against you... 

jangan sedih-sedih sangat...

easy to say la kan? 
tapi diri sendiri pun kalau down akan menangis juga macam budak kecik hilang emak.


semalam terbaca ini....




sejuk sikit hati...

hilang terus kecewa + gelisah bila petang semalam kereta calar sikit terlanggar tong sampah jiran.
yang sebenarnya takut nak khabar kat ayah Deedat nanti kena marah.. ehehee...
tapi dah bagitahu pun...

ampun bang... tak sengaja...


oh ya... semalam Ahmad Deedat genap setahun... mengikut perkiraan bulan Islam...


selamat hari jadi busyuk! lub you much more. muahhh2!!

ayah Deedat haritu marah betul bila bukak tiwi bukak paper semua kecoh pasal tarikh 11.11.11 tu...
apa ada dengan tarikh kata beliau.
dah la ikut tarikh bukan tahun Islam...
pot pet pot pet....

mama & Deedat gelak ja tengok ayah bebel-bebel. 
comel! haha...






Tuesday, December 13, 2011

sleepy head

sepanjang hari mengantuk.
penangan Deedat tidur lambat lagi la ni... 
semalam dan dua malam sebelumnya kemain gigih dia tahan tidur.
eksaited la tu ada ayah dia nak layan sampai tengah malam!

maknya tak la tidur lewat sangat pun semalam. 
pukul 10 lebih sudah selamat dibuai mimpi.
terkial-kial apak dia layan anak sorang-sorang sambil gigih print thesis yang siap juga akhirnya.

sekali terjaga, dua beranak tu tengah aktif lagi walhal jam menunjukkan pukul 2.30 pagi!
yang sorang sibuk berlegar sambil sepahkan barang mainan dia atas lantai.
yang sorang lagi kemain sibuk umpan yang lagi sorang tu supaya main jauh-jauh dari laptop & printer yang tengah tekun beroperasi. 

tepuk-tepuk dia nak bagi tidur. makin segar ada laa... 
tengok mama dah bangun, kemain aktif dia ajak main sama. haish!!!  
tiba-tiba rumah black out! intai-intai rumah jiran sebelah terang benderang. sah overload nih! 

"printer je pun...." kata apak Deedat.

"printer jenis makan karan banyak sangat tu..."

lepas betulkan balik fius box.. 
cepat-cepat kemas itu ini. 
tutup lampu bagai. 
baru si kecik tu serender tutup mata. 

pagi tadi masa mama angkat nak bawa masuk kereta. 
kemain mengantuk dia. 
salam ayah pun sambil mata tutup rapat. 
tidur tegak pun voleyy... 
hahahahaha....

Deedat... Deedat.... kan dah kena gelak ngan ayah & mama awak... 


nasib baik laaa kamera mama rosak... 
kalau tak....



Thursday, December 8, 2011

Talk to me : Breastfeeding - A 3D Experience

Last week berpeluang attend satu seminar pasal penyusuan susu ibu di perpustakaan Melaka.
sorry la berita sudah agak lemau tapi mahu cerita jugak for the sake of sharing is caring. eheh! =)

why 3D experience??
eh tidak... ini bukan macam filem 3D tu...


based on my understanding...
3D sebab biasanya bila kita lihat ke arah sokongan penyusuan susu ibu, kita cenderung untuk melihat dalam 2 dimensi (2D) - MASA (dari hamil sehingga berhenti menyusu) & TEMPAT (rumah, komuniti, sistem penjagaan kesihatan, dll). Namun begitu, kedua-dua dimensi ini tidak memberi impak tanpa dimensi ketiga - KOMUNIKASI! komunikasi adalah bahagian yang penting untuk mempertahankan, mempromosikan dan menyokong penyusuan susu ibu.

ok ayat kopi pes dari brochure sebenarnya, hehehe...
tapi boleh paham kan?? sebenarnya sekarang ini berlambak support group bagi ibu-ibu yang menyusukan anak.
contohnya: KIM - Kumpulan Ibu Menyusu (KIM - facebook) , Kelab Susu Ibu Melaka , susuibu.com dan banyak lagi...
walaupun kebanyakan kenal secara online tapi bila berborak dalam support group memang dah macam gaya kenal dari zaman sekolah rendah lagi. 
Because they share the same passion ----- Breastfeeding. =)

thanks to siti (school buddy) yang addkan saya dalam group tu masa zaman pantang dulu.
yes... to me, it help a LOT !!!!

daripada zero knowledge about breastfeeding... belajar macam-macam dari MEREKA.
lagi-lagi bagi ibu-ibu yang bekerjaya. cabaran jangan cerita la.
kalau tiada support group memang rasanya susah sikit untuk keep on breastfeeding sampai sekurang-kurangnya 2 tahun seperti yang disyariatkan.

as for myself... dulu tidak pernah ambil kesempatan timba ilmu pasal bf  (breasfeeding... bukan boy friend tau! ;p) banyak-banyak sebelum lahirkan anak.
dalam otak memang set akan susukan anak lepas bersalin sebab it came naturally. naluri ibu kot...
believe me... breastpump segala pun beli masa hujung-hujung pantang. uhuk!
bila dapat info dari MEREKA... terus tersedar sendiri... baru tahu yang sebenarnya ada disyariatkan dalam Quran! eh??? where were you all this while??

I never pandang serong bagi mommies yang tidak mampu susukan anak mereka sepenuhnya selama dua tahun. they might have their own reason  la kan?
sebab diri sendiri pun tidak rasa berjaya sangat dalam menyusukan anak sepenuhnya.

alhamdulillah fasa exclusive breastfeeding for 6 months berjaya disempurnakan.
fasa seterusnya ada dugaan sikit. sedih gila kau! sampai nangis-nangis (dalam hati) especially masa mengadu dekat nenek sabah Deedat.
yang sebenarnya rasa agak malu dengan mak sendiri sebab kagum dulu mama dapat susukan kami adik beradik (ada yang sampai melebihi 3 tahun!) even without a support group segala macam yang kita ada hari ni.
malu wey!
 
tapi alhamdulillah sekarang masih bf kan Deedat.
nak dekat setahun dah pun. lagi setahun lebih...
and i just hope our bf journey will have a smooth sailing... insyaAllah...

okay jangan tanya banyak-banyak nanti ai emo! ehehe...

to mommies yang pernah kecundang di tengah jalan... buleh bangkit lagi... insyaAllah!
yang penting COMMUNICATE! kongsi perasaan tu. kongsi pengalaman. and insyaAllah you shall continue your bf journey again... amiiin.... 
and to mommies yang berjaya... jangan pandang senget kat mommies yang kurang berjaya.
ada juga yang tidak berjaya (bukan atas kerelaan sendiri) dan terasa hati bila isu-isu yang tak patut dibangkitkan sampai mereka terasa hati.
jangan sampai kufur nikmat pulak. eh! okay... friendly reminder untuk diri sendiri walaupun aku tak berjaya mana pun... ahaks!

i feel responsible to share this with all mommies out there. bukan mommies ja sebenarnya. Daddies pun kena ambil tahu dan main peranan jugak. haaa kalau nak tahu kenapa, baca kat sini...

"Mama,Kenapa Papa Pulak Yang Selalu Minum Susu Adik?"


 i cilok dari blog seorang lelaki ok. 

okay anak-anak dara pun kena ambil tahu jugak. sebagai persediaan awal giteww!
sebab statistik ibu yang berjaya breastfeed sepenuhnya sekarang ini agak runcing. even di kalangan ibu yang tidak berkerjaya. kalau rajin silakan buat research sendiri.

to this day...
i heart Breasfeeding!
percuma, mudah & love!

kebaikan yang Allah letakkan dalam penyusuan susu ibu memang banyak gila ok! kalau cerita satu hari satu malam pun belum tentu habis.

sekian,
Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

gugel imej

Wednesday, December 7, 2011

and his first word is...

entah la...
tak pasti. apa perkataan pertama dia.
serius.
setakat ini perkataan basic yang dia selalu sebut...
  1. ma ma ma...    *kadang-kadang dia sebut maaaAAAA (dengung sikit sambil buat belon besar kat mulut guna air lioq dia. lepas tu ulang-ulang banyak kali. lagi-lagi kalau mama terkekeh-kekeh gelakkan dia. makin galak dia buat).
  2. nen nen nen...  *signal dia dah nak isi minyak letewww... *sambil kejar mama.
  3. Deeee DAAAAA.... *tengah asah skill menyebut nama sendiri lagik! =) kadang-kadang kalau ayah dia tanya nama siapa? dia jerit Da Da Da dAaaat...
  4. uisssh....  *gaya mengeluh gitu! sambil geleng-geleng kepala okay....

nenek sabah kalau talipon selalu tanya Deedat dah pandai cakap belum? 
lepas tu sibuk suruh ajar. omak nya pening nak ajar cakap apa... 

atok sabah pula sibuk tanya Deedat dah pandai jalan belum? 
hmmm... pandai. 
4 kaki. 
buleh? ;)
ramalanku salah belaka. sudah dua bulan lebih dia bertatih. 
ingatkan cukup seploh bulan tu hari, sudah laju berlari. 
idok leee...

berdiri dah stabil mantap penuh keyakinan. siap goyang-goyang tangan ke udara lagi! 
part nak melangkah ke depan dia fail sikit. 
bila ayah dia jerit-jerit bersorak suruh melangkah ke depan, terus dia rebah sambung merangkak.

tapi sekarang sudah berjaya mara setapak sebelum rebah...
langkah kedua tah bila la kan....

Ayah dia kata tiada keyakinan to move forward langsung! 
ahahaha...

apa-apa la naak....



kamera cikai + budak tak reti diam...
ha macam ni la hasilnya.

tengah joget yaw!!! ahahahahha

Tuesday, December 6, 2011

sabar je lah!!!!!!

being a mother bukan satu kerja senang rupanya.
house chores yang berlambak perlu dibuat. 
melayan karenah anak yang agak bermusim lagi.
belum kira pening penat mencari rezeki di siang hari. (ewah penat sangat la kerja gomen kan... pang baru tau... hik3!)

okay. tapi serius... ada masa penat yang berlapis-lapis memandangkan banyak jenis penat kena experienced day by day...
sekarang makin penat part mengurus si kecik ni bila musim pe'el baru dia sudah menyerang.
entah mana dia dapat ilham omak eh pun tak tahu.
selalu lepas mama abis lipat kain baju susun lawa-lawa dalam bakul boleh dia buat muka tak bersalah pergi selongkar balik. 
ambik satu campak atas lantai. ambik satu campak atas lantai. 
bila lantai penuh kain yang bersepah, agak-agak dia dah puas.. gelak-gelak lepas tu selamba panjat masuk dalam bakul. eh macam kucing nak beranak punya gaya pula... hahaha....

mula-mula nampak comel la kan.
nak marah pun tak sampai hati.
gelak-gelak...cakap lembut-lembut jangan buat lagi. kemas-kemas balik... 

tapi bila sudah dikemas semula, dia cepat-cepat buat balik... 
aiyooo... naik sakit jiwa jugak menengok. 
udah la omak ekau ni pemalas melipat mengemas kain baju nak oiii....

caught red-handed. again and again!


esok lusa dia buat lagi.
haaa... macamana tu???
udah menjadi tebiat gitu...

semalam tengah dia high menyelongkar menyepahkan kain baju..
cepat-cepat mama tutup lampu tutup pintu bilik.
ingatkan takut la kununnya...cepat-cepat dia bukak balik pintu. bukan pintu tutup rapat pun... saja acah...
bila pintu terbuka luas... dia sambung projek lagi.
omak eh tepuk dahi saja lah....


sepahkan sajalah nak oi... mak pasrah.... T____T


perangai bermusim dia lagi satu... suka main tekan-tekan remote tiwi & telepon rumah. 
tengah-tengah syok tengok tiwi tiba-tiba tiwi off sendiri.
lepas tu dia terkekeh-kekeh gelak. sabar je laaaa!!!!

haritu mama penat sangat sampai terlelap biar dia main sensorang.
selalunya bila terlelap Deedat akan main di tepian menghiburkan diri sendiri.
kadang-kadang bila terlebih bosan baru dia ketuk-ketuk kejutkan suh teman dia main sama.
malam tu memang penat tahap otromen sampai terlelap.
few minutes after, tersedar macam kena renjatan elektrik.
tidak... bukan sebab dia ketuk kuat-kuat guna hammer dia tu...
sebab tiba-tiba terdengar suara operator. lebih kurang gini...

"iye encik khairul imran... ada apa yang kami boleh bantu???" suara agak cemas gitu.

mamai + panik... terus mama letak gagang talipon. siap cabut wayar talipon sebab terpanik sekejap okay..
bila cek redial number rupanya Deedat pegi dail 999. Sabar je laaaa!!!!!!

lepas kena ceramah dengan mama, dia buat muka lebihkurang macam gini.

I don't know for how long sudah dia "berbual" dengan operator tu kan... tapi pelik macamana dia boleh terloudspeakerkan pula... agaknya Deedat pun terpanik lepas tu tekan-tekan mana yang tak patut kan...
HAHAHAHAHA...

bila report kat ayah dia. boleh mama yang kena ceramah pula...
ayah dia kata... lebih kurang gini la...

"Laaa.. kenapa letak? kenapa tak minta maaf kat operator tu cakap anak saya terdail nombor ni...bla bla blaa"

iyo la tu...
kalau kita cakap.. anak saya umur sebelas bulan ni punya kerja lah ni..
agak-agak diorang percaya kah???

haish!!!!

Friday, December 2, 2011

Muharram datang lagi

Monday morning, 29 MuHarram 1430 A.H. was the day we get married




few minutes after that moment.


almost two years later, 
one fine Friday afternoon18 MuHarram 1432 A.H., our son Ahmad Deedat was born 


mwuahh!!!

Hari ini, Jumaat pertama untuk tahun 1433 A.H., Rasanya belum terlambat untuk pasang azam baru yang mahu dicapai tahun ini. 
of kos semua azam tahun baru (seperti tahun-tahun sudah)  yang positif-positif belaka kan?
buat la apapun hajat yang sekurang-kurangnya akan dicapai hari terakhir hujung tahun nanti. supaya bila Muharram 1434 A.H. menjelma nanti... kita betul-betul terasa penghijrahan yang kita rancangkan pada hari ini. InsyaAllah... 

Hari ini baru teringat mahu buat list azam tahun baru untuk diri sendiri. 
Simpan dalam buku kecil untuk peringatan peribadi saja kot.. 
InsyaAllah hujung tahun nanti kalau berjaya accomplished baru reveal. hehe...


salam Ma'al Hijrah semua...
yang benar: Imam Muda Deedat.





Friday, November 25, 2011

11 bulan 1 hari

semalam dia genap 11 bulan.
lagi sebulan dia genap setahun.

sayu hati tiba-tiba...
dah bessyarr anak mama ni...

penawar duka lara sakit hati sakit jiwa. hahaha...
tiap hari peluk cium pun tak puas.


masa umur dia lebihkurang seminggu.
gaya menggeliat masih sama.
berpakej gaya mulut cebik dia.

Tuesday, November 22, 2011

anak rimau melaya

that was the longest 120 minutes.
penat jiwa raga melayan saspen.
sebab malas melayan sorang-sorang, Deedat semalam dapat pelepasan untuk tidur lewat.
kemain eksaited dia.
bermain sambil teman mama tengok harimau muda bertarung dengan burung garuda yang akhirnya transform menjadi angry bird di akhirnya. keh3...

i myself sebenarnya bukan hantu bola pun.
tapi dah hidup bergelumang dengan si kaki bola... haruslah dapat tempias sikit-sikit...

dulu mula-mula kawen, selalunya tempat dating mana lagi kalau bukan kat stadium...
haaa.. dulu jangan tak tau... malaysia lawan china.. stadium shah alam tu kosong je kau...
ada la setompok tourist dari china dan kami dan beberapa kerat penyokong malaysia.
tapi sekarang tidak lagi...

bagi tiket free pun rasanya macam ni jugak... dulu laaa....
haaa... cuba sekarang tiket jual mahal kemain... stadium penuh jugak!
gud work rajagobal!

dulu kalau penyokong banyak ni pun dah kira ramai rasanya...
sumpah tak ingat malaysia lawan negara mana masa nih. 


malaysia lawan manchester united dulu penuh la stadium...
itu pun banjir kaler merah. pftt!!!!


tiket mahal pun tak kesah!!!!!
 siap buat 2nd match sebab permintaan melambung!


ayah Deedat minat juga manchester united tapi kami duduk area hitam kuning masa tu.
sakit hati tengok penyokong jersi merah maki2 harimau malaya.
main dengan team EPL kot!!!!!!

bapak rimau & anak rimau


anak rimau mengaummmm...
ayah dia kata kalau dah besar nanti nak jadik ustaz + pemain bola sambilan pun tak kisah. boleh?


tengok bola apak dia bagi...
mama bagi tengok katun sikit kemain bising ayah dia.... 


semalam rakyat malaysia tidur dengan hati bunga-bunga. tahniah ya harimau kumbang muda...

pelaburan masa dua jam lebih depan tiwi semalam ternyata tidak mengecewakan.
gila ah first time tengok bola tak berkelip.
okay tipu... sebenarnya ada terlelap kejap-kejap.
Deedat pula eksaited semacam. sekejap-sekejap ke depan tiwi. bebel-bebel bahasa dia. sekejap-sekejap masuk bilik sambung main. lepas tu pegi buat muka konfius depan mama sebab tengok bola sambil mata tutup. haha...

Friday, November 18, 2011

pak lawak nama Ahmad Deedat

ayah dia kata dia ni jenis pak lawak.

gambar lama

sebab... suka buat lawak bagi mama ayah dia gelak.

eh... bukan melawak macam maharaja lawak tu.

dia suka buat aksi yang buat mama ayah dia gelak.

contohnya...  lekap bibir  lepas tu buat bunyi BBbRRRR sambil air liur bersepai kat kaki/tangan/perut mama/ayah.
dah geli kita gelak la kan?
tengok orang gelak je kemain dia repeat banyak kali sampai sakit tekak nak gelak.
kalau kita buat gelak-gelak walaupun tak lawak sangat aksi dia
pun boleh motivatekan dia untuk gelakkan kita lagi dan lagi.

satu pe'el baru yang mama kurang berkenan, dia suka ambik barang lepas tu sengaja jatuhkan.
sabar ja la....

kalau talipon kami suara tak dengar sangat... haa paham-paham la...
henpon sudah kiok kena baling-baling dengan budak kecik nih.
sekian....

Monday, November 14, 2011

merajuk

budak 10 bulan lebih ini sudah pandai merajuk!

alkisahnya...
malam sabtu lepas masa nak bagi Deedat makan...
bila nampak saja bubur dalam bekas makanan dia, kemain eksaited dia jerit-jerit.
tengah mama tiup-tiup bagi bubur sejuk sikit sebelum suapkan dia...
tiba-tiba
PANGG!! (eh bunyi bubur tumpah macamana??)
tak pasal-pasal mama pulak yang menjerit kepanasan lepas tu.
sebab bubur tumpah atas kaki.
saja buat drama sikit nak bagi pengajaran dekat Deedat supaya lain kali sabar sikit.
jangan dok tarik-tarik bowl bubur yang tengah panas tu. tauuu awak laparrrr.....
yang sebenarnya drama lebih-lebih supaya ayah dia cepat-cepat datang selamatkan keadaan. huhu....

sabar je la anakku ini... selera makan kemain besau... tapi badan maintain selim... =)

lepas ayah tolong lap-lap bubur yang tumpah tadi
Deedat dah beransur ke ruang belajar dia. tengah belek-belek poster ABC dia.
buat-buat sibuk. gaya orang merajuk.

bila mama ajak makan nak suap dia boleh buat donno saja... haish...
bukak mulut pun tak mau!

"tu ikut gaya mama merajuk la tu... senyap-senyap buat hal sendiri" kata ayah.

lepas ayah chak chak sikit baru Deedat senyum-senyum. tu pun senyum tahan-tahan. boleh?
bila mood dia dah okay sikit... bila suap laju je dia nganga.
Deedat... Deedat....

okay dah tau apa perangai yang mama downloadkan kat dia.
perangai ayah yang ada kat dia... kalau suap makanan wajib nganga sebesar alam.
muat tak muat belakang kira.
lepas tu suka gelak besar gaya konfiden.
tu belum kira gaya tidur lagi.


like father like son.

Friday, November 11, 2011

friday morning yaw!

rutin setiap hari..
bagi hari-hari bekerja.

hantar Deedat ke rumah pengasuh sebelum masuk ofis.

tapi selalunya ke opis dulu untuk thumb print sebab dah agak terlewat. hew hew hew...



tiap hari (almost everytime)...

 lepas serah deedat dekat pengasuh and berangkut beg bagai (beg deedat ke pengasuh saja ada tiga okay... beg baju+toys+diapers+bantal busyuk, beg susu &  beg makanan+botol susu) terus berdesup ke opis. 
lalu satu taska which located depan rumah makcik pengasuh.

yang mana... 
tiap hari (almost everytime)... 
mesti selisih jalan dengan this particular chinese lady with her two sons


 this particular chinese lady... 
sebelah tangan pimpin anak yang nak dihantar ke taska, sebelah tangan lagi pimpin tangan anak kecil yang rasanya adik si abang yang nak dihantar ke taska tadi.

every morning we exchanged smile.
bukan kenal pun.
bertegur pun tak pernah tau.

but i think... the smile we exchanged every morning...
sikit sebanyak satu permulaan bagi hari bekerja yang seronok.
walaupun kadang-kadang mandom juga bila banyak kerja yang kena buat kat opis kan...

that every morning she made my day
harap-harap i did the same to hers too... ngeeee....

okay nak cerita tu ja pun...

happy friday oullss!!!!



my google companion. =)

Thursday, November 10, 2011

aidiladha, cuti-cuti & pose istimewa

cian dia kena bangun awal pagi ikut mama pergi kerja weekend haritu...

cuti deepa ambil kesempatan berjimba-jimba di jusco melaka.
tu dia perut ayah sampai tak terkaver. hahaha...

sebagai ganti... minggu ni mama ambik cuti dua hari. plus minus weekend and cuti raya haji dapat la rehat lima hari... wehuuuuuuww....


raya haji balik segamat.
deedat paling eksaited dapat kumpul dengan sepupu sepapat.
mama & ayah dia eksaited sebab tidak sabar nak melahap rendang moklong yang sedap gila.

habis raya haji kami berdesup ke shah alam...

sebab............




ada date dengan mereka-mereka ini... =)

Deedat dipaksa bangun untuk ambil gambar ramai-ramai.
alolololo... cutenya keysha ajak auntie bergambar. hehehe...

keysha : eh... abang Deedat ada taik telinga la...
deedat : *gulp! 

priceless moment. =)

pstt...annie sy curi gambar dalam fesbuk ko. :p







masa amat mencemburui kami... (hehe)...
jumpa kejap mana puasss....

good luck to mummy-to-be veron!





lepak shah alam mana lagi kalau bukan tempat pokok lip lap. 

deedat tengok apa tu?

sementara ayah pergi kerja... lepak rumah jadi surirumah layan budak kecik ni.

anak manja saya.

deedat mimpi indah eh semalam? ceria kemain.

sebelum balik melaka singgah rumah adam.
adam dah besyarrr....



ok bai!


pose istimewa buat nenek sabah & makciks. oh.. untuk atok sabah & angkel abik juga.
hai semuaaaa....

Friday, November 4, 2011

the perfect weekend(s)

hai semua....

Deedat's 10-months-young ++ already!

apa skills terbaru awak Deedat??

masih belajar berdiri dengan sempurna. Rekod terbaik setakat ni boleh berdiri without support selama10 saat.

gigi 6 batang. which he likes to show off bila sengih. macam sengih kerang busyuk. haha.
nak ambil gambar memang agak impossible sebab bila nampak kamera je cepat-cepat dia tutup mulut.

hari tu kan... ada orang tu kan... apply skill memanjat dia atas laptop mama. nasib baik mama sedar. cepat-cepat dia turun bila mama jerit terkejut.

lagi satu, Deedat dah pandai tepuk tangan. 
kalau mama & ayah nyanyi lagu pok amai amai lagi rajin dia tepuk tangan. =)


can i? please....

agak pantang nampak orang bertalipon. cepat2 dia datang lepas tu nak pegang sendiri.
haaa... jangan tak tahu... Deedat dah pandai buat call out tau.
nasib baik hari tu tercall henpon ayah sendiri.

kalau guna talipon rumah dia stand-by tepi lepas tu tekan butang nak putuskan talian.

Deedat kalau telefon nenek sabah memang kena banyak kali round
rajin dia putuskan talian.


semalam...

nenek sabah : eh... Deedat buat apa tu? tadi bising mulut dia...

mama Deedat : tengah khusyuk main.

nenek sabah : Ooo...kalau macam tu. letak la talipon. 

mama Deedat : (aik orang belum habis cerita lagi...)


caught red-handed! again..

mama... i can make snowwww....


thanks to Allah. he still adores astro oasis.


tengah syiok main dalam bilik, tiba-tiba dia merangkak depan tiwi.

khusyuk!

okay.. jom sambung main!

last last weekend mama kerja. sabtu & ahad!

terpaksa angkut the boys skali.

ayah... jom main timang tinggi-tinggi!

cepat la ayah....

ayah....

ayah ni buat-buat tak layan pula...

one... two...

wheeeeeeee............

ayah nak yang mana satu? Deedat belanja!

penat main sampai tertido.

babysitter for that day.

the next weekend kami balik kampung jumpa atok segamat.

mama belanja makan seafood masa cuti deepa sebagai ganti cuti weekend hari tu.
tapi ayah bayar. hehe...

ayah... nak makan apa?

lepas tu pegi naik bot kat sungai melaka.

penat wooo...

okay... to auntie pontian... this is the latest  pic.
see.. see... my rambut sudah tumbuh already... =D

okay la...
Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha semua....
happy friday, happy weekend and happy holiday oullsss!!!!!!!!!

yang benar : jas, deedat & bern.