Monday, May 10, 2010

selamat hari ibu

semalam hari ibu.

.sebak.

PERTAMA sebab mama sekarang jauh di mata. cukup la takat sms. karang aku call makin sebak. (apa punya alasan daa)

KEDUA sebab mak mertua sudah pergi meninggalkan kami. cukup setahun. Topik hari ibu langsung tidak menjadi isu. nanti banjir pulak rumah kami. bila iklan sempena hari ibu keluar di kaca television, nampak raut muka suami yang menahan sebak. okay cukup.

KETIGA sebab terkenangkan janin yang sedang membesar dalam rahim. maknanya, dengan izin ALLAH tahun depan aku layak sambut hari ibu. InsyaAllah.
aku sebak sangat sebab baru aku tahu susah payah perit nak jadi seorang ibu. walaupun si anak belum dilahirkan... tapi dah macam-macam dugaan kena pikul.
tiba-tiba aku kagum yang amat dengan seorang insan bergelar ibu. amat.

SELAMAT HARI IBU buat semua insan yang bergelar ibu. i salute u all!!!!!