Tuesday, March 30, 2010

kamasutra... eh.. eh.. karma??

semenjak dua menjak ini topik perbualan dengan rakan opis mesti berkenaan pe'el student yang makin menjadi-jadi.

student makin kurang ajar. student makin malas. student makin tinggi suara. student makin liar. student makin itu. student makin ini.
aku kadang-kadang tiru style cikgu-cikgu aku masa skolah dulu. main psikologi. tapi keberkesanan sangat kurang.
kebal beb students aku.. semua cara saikologi yang aku cuba tidak berkesan sangat. kalau hari ini tegur mungkin nampak bibit keinsafan sikit. esok dah kembali ke azali.

kalau bab kena ajuk depan-depan.. kena marah (a.k.a tinggi suara) dengan student... kena tendang pintu (ini kes kalau aku tak bagi masuk kelas sebab lewat sejam. sejam beb! lepas tu buat muka tak bersalah. minta maaf + explain kenapa lambat memang haram la. ingat ini kolej bapak dia apa)

kalau ikutkan perasaan buleh kena strok wooo...
bila post-mortem balik.. adakah ini karma??
owh tidak... aku dulu stok-stok hormat cikgu beb.. cikgu tu aku anggap macam second parents kat sekolah. RESPECT!
abis tu kenapa bila turn aku jadi pendidik dapat student ini gaya?
okay.. bukan semua student aku perangai negatif. ramai juga yang baik. itu aku tak sangkal.
pokok pangkal SEMUA students aku sayang. aku harap aku boleh contribute sikit pun jadi la.. supaya nanti diorang semua berjaya. macam jasa cikgu-cikgu aku masa sekolah dulu. tanpa diorang apalah jadik kat aku sekarang ini. tah2 jadi minah rempit. siapa tahu??

walaupun aku dah agak fed-up.. tapi aku takmau fed-up lagi. sebab aku tak minat kerja lain. kalau boleh jadi cikgu sampai bila-bila pun tak apa. walaupun korang cakap aku tak ada bakat nak jadi cikgu. lantak pi la...
aku anggap ini cabaran.

bring it on bebeh!!!

agak-agak kalau aku masuk kelas ini pesen budak2 takut tak dengan aku??

Thursday, March 4, 2010

menyahut cabaran cuaca panas

semua orang cakap "panasss.. panassss..."
kadang-kadang tertanya-tanya juga kalau-kalau panas nih hanya sementara. ala-ala summer gitu... bermusim... tapi macamana kalau panas berpanjangan sampai bila-bila...
haaa... rasakan kita semua...

aktiviti luar semakin kurang. asyik terperok di rumah bila hujung minggu. bukan sebab dalam rumah ada air-cond tapi sebab di luar tu panas yang amat... silap-silap hati pun buleh panas... macam kata sorang member kat opis "tengah masak kat dapur pun boleh mengamuk sebab panas sangat". HAHAHAHAHAHAHAHA...

kipas siling ruang tamu rosak. beli kipas portable tambah lagi satu biar ruang tamu sejuk sikit walaupun angin yang datang dari kipas sekali pakej dengan bahang. BAHANG! MasyaAllah...
kalau rumah sendiri sanggup tangguh bayar kereta bulan-bulan sebab nak pasang air-cond... biar hati sejuk sikit... hehe
tapi malas nak minta izin kat tuan rumah sewa...
sabar dulu....

sebab cuaca makin HOT HOT HOTTTT... kami berdua ambil keputusan drastik untuk potong rambut. bukan apa... senang nak menghadapi kepanasan yang mendatang.. :)



ini muka candid si asben lepas kena projek rambut masa tengah masyuk tengok tiwi sambil buat assignment. tiba-tiba rasa diri ini ada talent nak buka kedai gunting rambut. hehe.



buat pesen gini pun okey jugak ye bang...

you cut, i cut...

*sekarang tekanan perasaan akibat cuaca kurang sikit sebab si asben setuju & siap tolong potongkan rambut... sekali tak rata daaa dia potong... biar laa.. kalau orang tanya jawab saja ini pesen terkini... senang.