Wednesday, February 17, 2010

Allah bagi kita sakit sebab nak sucikan dosa-dosa di dunia... :D

semalam berakhir 'kareer sementara' saya menjadi misi @ jururawat merawat si lelaki yang selalu demam berhari-hari lepas tu susah nak sihat balik. cuti tahun baru cina 4 hari terisi di rumah sahaja. undangan majlis kenduri kawen dan kenduri akikah terpaksa ditolak ketepi kejap...

kesian encik imran kena buli aku. time dia demam la kena amik kesempatan. haha (jahat okeh!) hari terakhir demam (hari kesihatan sudah kembali. alhamdulillah.) saya mengambil peluang untuk menajamkan bakat terpendam menggunting rambut. sekarang my mr.sunshine sudah berubah rupa menjadi mr.botak. bubye rambut ombak ombak! :D

latest rupa kepala suami terchenta sebelum diprojekkan. minggu lepas masa hadiri kenduri kawin kawan di muar.







hujung minggu ni insyaallah turun muar lagi. insyaAllah...

Tuesday, February 2, 2010

...bunyi cengkerik...

sudah lama rasanya tidak home alone...

lepas maghrib tadi mr.imran siap-siap untuk berangkat ke Klang. mungkin 3 hari akan tidak berteman. semua usaha untuk melengahkan nampaknya gagal... walaupun macam2 cerita aku reka.. cerita seram orang bawa kereta malam-malam la.. cerita itu la... cerita ini la...

bukan apa...
seronok sangat kalau berteman.. ada kawan borak-borak... ada orang nak picit kepala picit belakang kalau kepala rasa berat lepas tu angin keluar brepp brepp (bukan kentut okay)... ada orang nak tolong betulkan parking kereta kat depan rumah sebab terlebih ambik space lepas tu risau kereta lalu lalang marah-marah sebab jalan depan rumah sempit... etc.. etc...

tapi tiba-tiba rasa nak cakap "sayang pegi la malam ni nanti kalau asyik tangguh supervisor marah. schedule lari.. nanti tak boleh konvo on time..." sebab risau... padahal dalam hati geram bila baca sms kawan2 dalam henfon dia suruh datang Klang malam ni jugak sebab team futsal tak cukup la.. sebab email profesor tu nak cepat la.. Ok.. fine.

5 minit lepas mr.Imran pergi.. masuk bilik nangis sebab dah mula rindu.

ok.. nak tidur. esok tak ada orang nak kejut... macam ada chances je lambat sampai opis esok pagi.

....