Tuesday, January 26, 2010

we-are-1-year-old-today! =)





dub dab dub dab...

setahun yang lalu... kami berdua tengah berdebar... lagi dua jam kami akan transform jadik hasben and wife... =)
the best moment in our life!! so far...




p/s: to dearest hubby...
selamat ulang tahun pertama kita! saya sayang awak dan saya tahu awak pun sayang saya juga sebab semalam saya mengantuk gila lupa nak buatkan awak roti butterscotch + ice cream tapi awak tak marah langsung.. malah awak selimutkan saya yang dah terbongkang kesejukan atas lantai sebab nak temankan awak main games walaupun awak dah offer nak dukung masuk tidur kat bilik masa saya tengah mamai tahan mengantuk..
my Sayang, terima kasih untuk setahun yang sangat seronot. walaupun saya selalu membebel sebab awak suka sepahkan rumah lepas tu bila kita malas nak kemas rumah guna alasan 'tak-guna-mengemas-kalau-ada-orang-sepahkan-balik-lepas-tu' tapi awak sengih je tak marah pun kat kita... insyaAllah lepas ni saya akan lebih rajin mengemas rumah... tapi saya harap awak akan rajin tolong saya masak selalu walaupun saya suka membebel jugak bila dapur tak kemas sebab lepas awak tolong masak mesti dapur bersepah gila..
my sayang... dalam banyak-banyak momen yang kita ada... saya paling suka semua momen yang ada awak... tak kira la momen happy atau angry atau sedih... yang penting ada awak... sebab bila saya bayangkan yang awak tiada dalam hidup saya... saya rasa macam nak mati. sebab.. u are my better half...

Alhamdulillah sudah setahun. saya berdoa lepas ni ada banyak tahun lagi untuk kita berdua.. kalau ditakdirkan bertiga atau berempat atau berlima atau berenam pun.. saya selalu berdoa supaya KITA bahagia sampai bila-bila. Amiiin....